IZwahasnan

My photo
Alhamdulillah saya seorang anak kepada ibu dan bapa saya, baru sahaja menjadi seorang isteri kepada sang suami dan sini hidup kami akan lengkap dengan seorang cahaya dari Allaha.w.t... yang bernama NUR DAMIA IMANI...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20110617

Zat makanan

Askum semua ini ade 1 ini yang wa nak share ngan korang pasal zat makanan.
Korang mesti pelikkan kenapa izwa sekarang kerap cari maklumat pasal pemakanan.... Haaa wa pun tak pasti knpe kan... Mungkin ramai yang kata wa ni gemok n comel sangat...
wa pun rase badan wa dah naik...nak solat pun susah nak bangun...baju semua dah sempit semua kene beli baru...
itu lah senang hati sangat kan...
Ok hari ni nak share beberapa artikal pasal diet...
Kita memerlukan lebih daripada 40 jenis zat makanan belainan untuk kesihatan tubuh yang baik. Namun tidak terdapat sejenis makanan yang dapat membekalkan semua zat makanan yang diperlukan. Pilihan makanan harian anda patut merangkumi roti dan bijiran penuh yang lain, buah-buahan, sayur-sayuran, produk tenusu dan makanan protein yan lain seperti daging, ayam-itik, ikan dan sebagainya. Malangnya untuk memenuhi semua vitamin dan mineral perlu untuk setiap hari, ternyata banyak hidangan yang diambil adalah kekurangan zat makanan.
Rakyat Malaysia amnya masih tidak begitu pasti sama ada hendak menjadikan suplimen pemakanan sebagai sebahagian daripada diet harian mereka. Soalan yang paling kerap ditanya adalah perlukah saya mengambil suplimen sedangkan saya sentiasa mengamalkan diet seimbang yang mengandungi jumlah protein, khabohidrat, lemak, buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi?
Untuk mengetepikan keraguan ini, saya menyenaraikan alasan baik yang menerangkan mengapa anda perlu mensuplimenkan diet anda walaupun anda telah mengamalkan pengambilan hidangan harian yang seimbang.

1. Badan kita memerlukan vitamin.
Sesetengah zat makanan, contohnya vitamin E dengan dos yang diperolehi dari makanan memberikan kebaikan kesihatan yang lebih berkesan. Pengambilan suplimen antioksidan lain seperti vitamin C dapat membantu mencegah ataupun melambatkan penjelmaan sesetengah penyakit-penyakit teruk sepeti penuaan awal, selaput mata, rheumatoid arthritis dan diabetik.

2. Sayur-sayuran dan buah-buahan memberi kesan kepada vitamin.
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam diatas tanah yang tidak subur mengandungi vitamin dan bahan galian yang kurang berbanding dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditumbuh di tanah yang subur dan kaya dengan zat makanan.

3. Proses masakan merosakan vitamin.
Zat-zat makanan akan hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan, dan penyedian. Vitamin-vitamin tertentu seperti vitamin C dan enzim mudah dimusnah oleh haba semasa dimasak. Buah-buahan seperti epal mulai hilang kandungan vitamin C-nya sebaik sahaja mereka dipetik. Biasanya, buah-buahan yang diimport hanya akan sampai kepada kita selepas berbulan-bulan ia dipetik.

4. Gangguan penyerapan vitamin ke badan.
Pengambilan minuman keras, merokok, ubat-ubatan, laksatif dan antibiotik mengganggu penyerapan zat makanan. Pengambilan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

5. Tabiat makan orang Malaysia.
Umumnya, rakyat Malaysia memakan mengikut rasa dan bukan atas asas pemakanan. Contohnya, kita makan ‘nasi lemak’ sebagai sarapan pagi dan ‘roti canai’ untuk minum petang. Kita sentiasa makan oleh kerana kita lapar ataupun kita bosan atau demi memenuhi ketagihan atau kepuasan terhadap sesetengah makanan. Kita jarang makan kerana kita memerlukan zat makanan tertentu. Arah aliran ini cenderung kepada kepada makanan yang rendah dalam nilai pemakananan. Pengambilan minuman ringan telah naik menjulang. Makana ringan seperti ayam goreng, ‘fried koay teow’, daging lembu dan ubi kentang semakin menjadi makanan utama kita. Kepingan ubi kentang adalah rendah dengan kandungan vitamin dan bahan galian sementara makanan-makanan goring adalah tinggi dengan kandungan lemak.

6. Cara pemakanan.
Memakan makanan ringan seperti hot dog, stik dan hamburger menjadi semakin popular, terutamanya bagi masyarakat bandar. Dengan adanya semakin ramai kaum wanita yang terlibat dalam kerjaya meraka, usaha untuk memperolehi tiga hidangan masakan rumah menjadi semakin susah. Makanan yang dijual di luar biasanya rendah dengan nilai pemakanan, sedangkan kandungan monosodium glutamate (msg), garam dan lemak adalah tinggi. Kebanyakkan kelurga lebih suka makan di

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/epidemiology-public-health/1810709-amalan-diet-terbaik/#ixzz1PWGp2ZG0

1 comment:

  1. Wa, Erna (yg join mabul hari tu), minta izin tumpang ambil link blog Wa ni letak kat blog Erna ye..pastu ada amik gambar chalet scuba jeff sekeping dari fb Wa..

    ReplyDelete