Hai u all semua wa nak share ngan korang semua..betul ke semua ini... 1 perkara yang aku selalu buat sebelum ini adelah menjahit...Wa terbaca salah satunye ade lah menjahit tidak dibenarkan sama sekali...Nampak gayanye wa tak boleh menjahit dah...Sejauh manakan pantang larang ini...
Antara pantang larang yang wa jumpe...
Sumber dari google...
Life 1011. JANGAN DUDUK DEPAN PINTU
- nanti anak susah keluar...dia duduk je kat 'pintu' takmo keluar
2. JANGAN MAKAN GUNA PINGGAN / MANGKUK KECIL
- dikhuatiri laluan tak buka penuh
3. POTONG IKAN ATAU² APA² HIDUPAN MESTI MULAKAN DARI PANGKAL
- takut baby songsang
4. KALAU SAKIT PERUT JANGAN BUBUH UBAT PANAS
- takut keguguran
5. JANGAN POTONG KAKI² KETAM
- takut terkenan kat baby
6. JANGAN BASUH KAIN MENCANGKUNG
- takut peranakan jatuh
7. JANGAN MAKAN / MINUM GUNA PINGGAN / CAWAN YANG DAH SOMPEK
- takut baby lahir mulut sumbing
8. JANGAN RENDAM BAJU LAMA-LAMA
- takut masa bersalin sakit lama
9. KALAU GUNA LESUNG BATU, CUCI BERSIH²
- takut kepala baby berkudis
10. JANGAN MENJAHIT
- takut tali pusat baby bersimpul11. JANGAN MAKAN KULIT AYAM
- nanti time bersalin liat nak bukak
12. JANGAN MANDI MALAM
- takut baby terbelit tali pusat
13. JANGAN LILIT / SELEMPANG SELENDANG / TOWEL KAT LEHER
- takut baby terbelit tali pusat
14. JANGAN SAPU MINYAK ANGIN KAT MANA² BAHAGIAN TUBUH
- takut muka baby bertanda (birthmark)
Ade 1 lagi info pantang n petua untuk ibu hamil...
Info dari blogger tak ingat dah namanye....wa google je...
1. Saya amalkan makan limpa dan hati lembu untuk tambah darah.
2. Saya amalkan makan ikan untuk mendapat anak yang bijak.
3. Saya amalkan makan kacang hijau agar anak berambut lebat.
4.Saya amalkan makan kacang soya dan buah oren agar anak berkulit cerah
5. Saya minum banyak susu untuk tulang yang kuat.
6. Saya kurangkan makan lobak kerana khuatir anak menghidap jaundice.
7. Saya kurangkan minum air kelapa kerana khuatir anak mendapat lelah.
8. Saya makan nenas dan tapai hanya setelah kandungan mencapai 5 bulan.
9. Saya makan folic asid dan obimin seperti yang diarah oleh doktor.
10. - Saya sentiasa jaga diri agar tidak melanggar pantang orang tua-tua. Salah satu daripadanya seperti, jangan duduk ditengah-tengah bendul pintu iaitu ke dalam tidak ke luar pun tidak kerana dikhuatiri bila melahirkan, anak tersangkut di pintu rahim antara ke luar tidak dan ke dalam pun tidak. Kelahiran begini harus dibantu dengan penggunaan forcep atau vakum. Namun tempat-tempat yang dilarang begini selalu menjadi kegemaran saya ketika mengandung. Jadi saya selalu kena beringat.
- Saya elakkan mengupas kulit buah-buahan dari arah bawah ke atas kerana khuatir melahirkan anak songsang.
- Saya elakkan memukul memarahi binatang waima mengata sebarang makhluk Allah s.w.t kerana khuatir anak terkenan.
- Saya elakkan melawan cakap ibu mahupun suami saya.
11. Yang paling penting untuk dapatkan anak yang cantik, saya amalkan mana-mana surah Maryam, anak yang kacak, surah nabi Yusof, dan ayat-ayat lazim Al-Qur'an.
Hme... kepada kawan2 yang nak hantar baju untuk wa jahit manik...mungkin wa tak akan terima...lagi pun bukan sebb itu aje kot...mungkin sebab masa n kesihatan pun tak mengizinkan....