IZwahasnan

My photo
Alhamdulillah saya seorang anak kepada ibu dan bapa saya, baru sahaja menjadi seorang isteri kepada sang suami dan sini hidup kami akan lengkap dengan seorang cahaya dari Allaha.w.t... yang bernama NUR DAMIA IMANI...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20111206

DOA, ZIKIR DAN AMALAN MEMUDAHKAN BERSALIN

Ini antara doanye...
Info dari blogger2
Yang kat bawah ni copy paste dari blog puterijasmin
kredit kepada sis...tq

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah
:

1.

“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”
2.

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.
3.

“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4.

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :
5.

“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:
6.

Maha Suci Allah
7.

Aku Pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini :
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ8.
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ
Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

9.Surah Al-Ansyiqaq

Surah ini, seorang ustaz menyarankan mak cu membacanya. Mak cu rbanyakan bacaan surah ini serta berdoa, lebih-lebih lagi bila dah dekat tarikh jangkaan bersalin. Syukur Alhamdulillah, mak cu bersalin lebih mudah, cepat dan kesakitan semasa nak bersalin pun kurang, walaupun berat Adda semasa lahir 4.1kg. Semasa mengandungkan Haziq, mak cu memperbanyakan lagi bacaan surah ini serta jangan lupa berdoa semasa mengandungkan Adda. Alhamdulillah lagi mudah, lagi cepat dan lagi kurang sakitya.

10.Sentiasa membaca surah Maryam.


11.Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Insaallah izwa akan amalkan... ape2 selepas itu kite berserah... sahaja... janji kite berusaha dahulu barulah bertawakal...

5 comments: