IZwahasnan

My photo
Alhamdulillah saya seorang anak kepada ibu dan bapa saya, baru sahaja menjadi seorang isteri kepada sang suami dan sini hidup kami akan lengkap dengan seorang cahaya dari Allaha.w.t... yang bernama NUR DAMIA IMANI...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20120127

ILMU YANG PERLU BAKAL IBU - Petua Dapat Anak Soleh Solehah


Askum semua...
Cerita di petang jumaat ini...
Wa nak share ngan u all semua berkaitan dengan bby adiwa yang bakal lahir nanti on mei...
Wa rasa ini tanggungjawab besar untuk mendidik anak...
Wa berfikir boleh ke aku mendidik seorang anak menjadi yang terbaik...
boleh ke.... boleh ke... boleh ke....
So wa pun cuba2 lah cari panduan-panduannye...
Antara yang menarik dan antara yang wa nak share ngan u all...
Artikal online yang wa jumpe dari
http://cpintrass.com/blog/bayi/petua-dapat-anak-soleh-solehah/.html

Pertama, perlu kita mempertingkatkan ketakwaan kepada Allah SWT agar anak meniru sikap yang kita paparkan. Jangan sekali-kali meninggalkan sembahyang atau apa-apa disyariatkan kita lakukan.

Kedua, banyakkan memohon kepada Allah SWT dengan menggunakan doa yang ma’thur iaitu doa daripada al-Quran atau Hadis.

Antaranya doa terbaik yang dipetik daripada al-Quran iaitu ayat 38 surah ali-Imran : “Rabbi Hab li Min Ladunka Zurriyatan Toiyibatan, innaka sami’ud du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik, sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.”

Begitu juga surah Ibrahim ayat 40: “Rabbij’alni muqiimas solati wamin zurriyati rabbana wa taqabbal du’a.” Maksudnya: “Wahai Tuhanku Jadikanlah daku orang yang mendirikan sembahyang dan demikianlah juga zuriat keturunanku. Wahai Tuhan kami, perkenankan doa permohonan ku.

Ketiga, suami isteri perlu hindarkan diri daripada sering bertengkar. Ini disebabkan, pertengkaran itu boleh menyebabkan wujud suasana tidak harmoni dalam hubungan suami isteri dan dibimbangi mempengaruhi anak.

Keempat, jauhi daripada melakukan perkara fasik atau maksiat. Apabila ibu atau ayah sukakan perkara maksiat boleh membawa kerosakan besar dalam hubungan suami isteri, begitu juga anak. Berusahalah mewujudkan suasana baik sebagai mana firman-Nya dalam surah ar-Rum ayat 21 yang bermaksud: “Dan antara tanda yang membuktikan kekuasaan-Nya dan rahmat-Nya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu (wahai kaum lelaki) isteri-isteri daripada jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati (Sakinah) dan hidup mesra dengannya dan dijadikan-Nya di antara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang (mawaddah) dan belas kasihan (rahmah)…”

Kelima, banyakkan membaca al-Quran ketika mengandung. Tidak semestinya membaca ayat pilihan seperti surah Yusuf dan surah Maryam. Sebaik-baiknya, baca sehingga khatam kemudian diulang. Begitu juga apabila anda ingin membesarkan anak, dengarkan anak dengan bacaan al-Quran kerana ia boleh mempengaruhi jiwanya.

Ini baru sediri... mungkin ade lagi banyak yang perlu wa tau cara-caranya...
Insaallah izwa akan mengamalkannye...
Kepada M2b... yang nak share ngan wa ape2 lagi yang berkaitan dengan seorang anak kurniaan allah s.w.t boleh lah share juga...


1 comment: