Assalamualaikum semua,
Hari ni dah masuk 22 minggu...
So bermulalah episod untuk membuat persiapan...
Wa tgh buat list untuk persiapan dah sambut bby n persiapan untuk diri sendiri...
maklumlah semuanye dah kembangkan... nnti...
so macam2 nak cari untuk kuncupkan balik...
Perkara pertama yang wa cari ade lah Jamu.. sebab ini penting untuk kembalikan kesegaran badan untuk menempuh hari2...
Izwa cuba google set jamu 2010...
So kualah macam2... pasal set bersalin ni...
Dan macam produk... antarannye...
Jamu Makdara
Biodex
Afiat
Salindah
HPA
Mustika Ratu
Amway
Sendayu Tinggi
Leesa Formula
Nona Roguy (NR)
Ha pilih je lah mana yang kite nak kan...
Tapi yang peningnye... kite kene tau khasiat2nye...
dan sesuai ke dengan kita kan...
Tibe2 terjumpa pula
PANDUAN MEMILIH SET BERSALIN
dari kak engku bidan bersalin
So maklumat ini memang berguna sangat2...
izwa ade copy n paste kat bawah ni..
boleh lah korang bace...
So bermulalah episod untuk membuat persiapan...
Wa tgh buat list untuk persiapan dah sambut bby n persiapan untuk diri sendiri...
maklumlah semuanye dah kembangkan... nnti...
so macam2 nak cari untuk kuncupkan balik...
Perkara pertama yang wa cari ade lah Jamu.. sebab ini penting untuk kembalikan kesegaran badan untuk menempuh hari2...
Izwa cuba google set jamu 2010...
So kualah macam2... pasal set bersalin ni...
Dan macam produk... antarannye...
Jamu Makdara
Biodex
Afiat
Salindah
HPA
Mustika Ratu
Amway
Sendayu Tinggi
Leesa Formula
Nona Roguy (NR)
Ha pilih je lah mana yang kite nak kan...
Tapi yang peningnye... kite kene tau khasiat2nye...
dan sesuai ke dengan kita kan...
Tibe2 terjumpa pula
PANDUAN MEMILIH SET BERSALIN
dari kak engku bidan bersalin
So maklumat ini memang berguna sangat2...
izwa ade copy n paste kat bawah ni..
boleh lah korang bace...
PANDUAN MEMILIH SET BERSALIN
Isk Set Bersalin yang mana nak beli nie? Banyaknye pilihan sekarang nie, kelabu mata den di buek nyo. Susah-susah tanye Kak Engku je lah..... Haa tengok..last last Kak Engku jugak yang dicarik huhuhu....
Untuk Pengetahuan, semua Set Bersalin yang ada kat pasaran tu bagus, elok, ok, popular dan dapat sambutan. Set-set bersalin ini mempunyai kebaikan dan keistimewaan tersendiri, tu sebabnye kalau seseorang tu kalau dah biasa atau serasi ngan sesuatu jenama produk tu, komfem tak tukar ke jenama lain dah (ade sampai turun temurun lagi), tapi ada jugak, dulu pakai jenama lain tapi kali nak pakai jenama lain lak....yg nie selalunya mungkin saje nak try jenama lain ataupun yg dulu tu tak berapa sesuai ngan diri si pemakai.
Meh sini Kak Engku bagi panduan memilih set bersalin, mudah-mudahan dapat menolong dalam membuat pilihan nanti yek...tapi apa-apapun org cakap 'tepuk dada tanya selera'. Oppss sebelum tu...nak iklan jap.... kalau dah buat pilihan tu jangan lupa order dengan Kak Engku ye hehehe....Kak Engku kasi diskaun lagi....
Okay iklan dah abis.....meh kite ke topik asal semula....
Antara kriteria yang perlu diambil kira adalah ......jeng jeng jeng....tgk kat bawah nie yek....
1. Dapatkan Info Produk
- Maksud Kak Engku, cuba cari atau dapatkan info produk (kalau boleh dapatkan info dari pelbagai jenama). Info ini boleh didapati dalam internet (web ataupun blog) ataupun boleh bertanya ngan tokey kedai ubat. Cuba kumpul info sebanyak mungkin.
2. Budgetnye berape?
- Nak murah boleh nak mahalpun boleh....kalau set yang murah selalunya brg didlmnye tak la byk sgt....tapi masih menepati rawatan selepas bersalin. Kalau yang mahal lak...paham-paham je la....semuanye complete....cthnye ade bengkung, tungku, gel peramping body dan macam-macam lagi la.
- Kalau anda dah set budget anda berape, jadi senanglah nak dijadikan panduan. Sebab ngan budget yang anda dah peruntukan serta info yang telah anda perolehi, ini mungkin dapat membantu dalam menentukan jenama mana yang hendak dibeli nanti....Haaa yang tu citer pasal bab budget...
3. Jenama Produk
- Adakah anda membeli sesuatu produk berdasarkan nama produk tersebut ataupun setelah meneliti info produk tersebut. Setiap produk mempunyai keistimewaan tersendiri jadi sebagai pengguna anda dinasihatkan meneliti isikandungan produk, cara penggunaan, dll agar produk yang dibeli dapat digunakan sebaiknya.
4. Sesuai Atau Serasi Ke Ngan Diri Sendiri?
- Dengan Info produk yang telah anda perolehi, perbandingan produk dapat dibuat, dengan ini anda dapat buat rumusan produk mana yang agak bersesuaian dengan diri sendiri. Ramai yang membeli sesuatu produk tanpa mendapatkan maklumat yang mencukupi dan akhirnya produk yang dibeli tidak menepati citarasa diri si pemakai.
- Kalau nak set bersalin yang ringkas, mudah, senang dan praktikal khasnya untuk mereka yang bekerja dan tiada orang menjaga semasa berpantang atau segala-galanye perlu dilakukan sendiri, Kak Engku cadangkan pilih set bersalin dari jenama-jenama ini cthnye Amway Tropical Herbs, Nona Roguy, Leesa Confinemum, Set Bersalin Ibu Halimah Mak Dara, Set Bersalin Ibu Ambar Kenanga dan Sendayu Tinggi adalah antara yang sesuai (kebanyakan ubat-ubatan adalah dalam bentuk Kapsul / Tablet).
- Manakala untuk yang suka set bersalin yang lebih tradisional, boleh la try Mustika Ratu, Nyonya Meneer, Set Air Mancur, Set Orang Kampung, HPA ataupun Jamu Afiat. (Set-set ini juga ada terdapat dalam set serbuk - perlu dibancuh dan minum, serta juga terdapat set pil / kapsul). Kalau mak-mak kite selalu cadangkan set nie, maklumlah dulu-dulu diaorang pakai jenis yang kene minum minum nie....kalau Kak Engku la..huhuhu tak mau...tak tertelan huhuhu...tapi pembaca Kak Engku jgn ikut Kak Engku lak ye....sebabnye lain org lain citarasanye....betui tak.
- Bagi yang tidak sesuai dengan herba bolehlah menggunakan set Salindah. Set Salindah bukannya dalam bentuk jamu tetapi Homeopati yang sememangnya tidak memberi kesan panas terhadap diri si pemakai.
- Set Tropical Herbs Amway, set nie adalah salah satu set yang mendapat sambutan di hati ibu ibu hamil masa kini, set nie lengkap dan bengkung diberikan percuma hehehe. Set yang berasaskan organik, mendapat paten antarabangsa mengenai kualitinya, tidak panas dan sangat sesuai bagi ibu yang ingin menyusukan bayi mereka, juga dapat mengurangkan berat badan selepas bersalin.
5. Beli Secara Berasingan Ataupun Set Bersalin Berpakej.
- Sesetengah Set Bersalin boleh dibeli secara berasingan. (Walaupun secara berasingan tetapi kene satu set gak, kene la complete utk rawatan) Antara set bersalin yang menyediakan set pakej nie adalah seperti Set Bersalin Sendayu Tinggi, Salindah dan juga Leesa Confinemum. (Cthnye diasingkan set rawatan luaran dengan set rawatan dalaman). Tetapi Kak Engku tidak galakkan menggunakan produk berlainan jenama bagi tujuan rawatan selepas bersalin (terutamanya utk rawatan dalaman), takut lain lak jadinye...(kalau nak beli bengkung atau tungku berlainan jenama tu takpelah...hehehe).
- Oppss lupe lak...selalunye kalau beli set secara berasingan...susah sikit nak dapat diskaun lebih....hehehe.
6. Tanya Pendapat
- Cuba tanya pendapat sesiapa yang anda kenal, tanya pendapat diaorang, produk apa yang dipakai, sesuai tak ngan diri si pemakai, apa kebaikan dan keburukan produk tersebut. Melalui cara ini gak dapatlah anda jadikan panduan. (kalau boleh sebelum tanya pendapat, cuba kumpulkan info produk dahulu, agar boleh anda bertanya lebih lanjut ngan sesiapa yang anda nak tanya tu....kalau anda takde info produk....nanti anda hanya menjadi pendengar sahaja).
7. Beli Ngan Harga Yang Berpatutan
- Setelah membuat pilihan set bersalin....bolehlah pegi membelinya (tapi tak perlulah tergesa-gesa....tunggu dekat-dekat nak bersalinpun takpe). Cuba dapatkan set bersalin yang dihajati dengan harga yang berpatutan. (Cthnye meh order ngan Kak Engku....boleh dapat diskaun lagi heheheh)
8. Beli Di Mana?
- Set Bersalin mudah didapati, boleh dibeli di Kedai Ubat, Pasaraya, Beli secara Online (Web atau Blog) dan lain-lain. Kalau beli secara online pastikan anda membeli di web atau blog yang anda betul-betul yakin. Ini bagi mengelakkan anda tertipu dan mengalami kerugian.
9. Mmmm Ape Lagi Yek?
- Haa kalau poning kepala jugak nak buat pilihan, apakata bagitahu je la kat Kak Engku apa yang anda harapkan untuk set bersalin, nanti Kak Engku akan cuba padankan ngan pilihan yang sediada.
10. Dan Yang Terakhir....Kot?
- Kak Engku akan updatekan kriteria yang lain kalau ada idea yang terlintas kat kepala Kak Engku nie...heheheh jgn marah ye....
Waktu Yang Sesuai Nak Makan 'Jamu'....
Bersalin Normal / Pembedahan.
- Dicadangkan mula mengambil Jamu Selepas 2 minggu bersalin.
- Jika baby ada masalah 'jaundis' atau demam kuning apakata start pengambilan selepas 6 minggu.
- Jika Jamu yang di ambil 'panas'. Contohnya baby atau puan alami ciritbirit....cuba kurangkan dos pengambilan ' Jamu' tersebut. Tak Perlu Berhenti makan Jamu.
- Tetapi jika bayi puan mengalami ' Demam Kuning' yang teruk, berhentilah dulu makan Jamu sehingga anak betul-betul sembuh dan bolehlah sambung semula pemakanan jamu tersebut.
Perlu ke Makan Jamu?
Sesetengah pendapat ada mengatakan tak makan jamu pun takpe....Pendapat ini tak berapa betul sebab ibu-ibu lepas bersalin nie mengalami sakit-sakit badan dan badan mudah masuk angin walaupun berusia 2o-an.
Sekiranya ubat yang diambil tu terlalu kuat untuk puan dan bayi, maka kurangkan dosnya dan janganlah tak makan langsung, kerana apabila mengandung urat-urat abis semuanye mengembang begitu juga dengan peranakan. Jadi kita perlu mengambil ubat untuk memulihkan segala kerosakan yang berlaku. Ada juga ubat bersalin yang dapat membanyakkan air susu ibu dan tidaklah terlalu panas.
Kebanyakan set bersalin yang terdapat di pasaran tidak begitu memberi kesan 'panas' kerana ia telah dimodenkan dan selalunya kajian telah dibuat bagi mengatasi masalah ini.
Selain dari itu, puan juga disarankan mengambil pendapat rakan-rakan, saudara-mara, adik-beradik dan sape-sape saje yang pernah menggunakan set bersalin, sebelum puan membuat keputusan yang muktamad.
Kebaikan Makan Jamu
Memakan jamu, akar kayu atau rempah ratus adalah satu lagi amalan berpantang Melayu. Lazim dikatakan jamu berkhasiat bagi mengembalikan tenaga, memanaskan badan, mengeluarkan lemak dan toksin serta melawas sistem penghadaman. Ia membantu mengecutkan segala organ, otot dan urat, mengeluarkan kandungan air berlebihan dalam badan, membuang angin dan mengempiskan perut. Apabila toksin keluar, badan berbau harum dan berat badan pun akan turun.
Jamu selalunya diambil untuk tempoh pantang selama 44 hari ataupu 60 hari. Walau bagaimanapun terdapat juga ibu bersalin yang mengambil jamu selepas tempoh bersalin mengikut kehendak masing-masing. Amalan sedemikian ternyata tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada bayi sepanjang tempoh penyusuan malah lebih selamat berbanding pengambilan jamu sewaktu bayi dilahirkan.
Nak Pakai Bengkung Lepas Pembedahan Boleh Ke?
Boleh....Tapi selepas 2 bulan pembedahan....tu pun tak boleh pakai ketat-ketat.
No comments:
Post a Comment