IZwahasnan

My photo
Alhamdulillah saya seorang anak kepada ibu dan bapa saya, baru sahaja menjadi seorang isteri kepada sang suami dan sini hidup kami akan lengkap dengan seorang cahaya dari Allaha.w.t... yang bernama NUR DAMIA IMANI...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20110617

Zat makanan

Askum semua ini ade 1 ini yang wa nak share ngan korang pasal zat makanan.
Korang mesti pelikkan kenapa izwa sekarang kerap cari maklumat pasal pemakanan.... Haaa wa pun tak pasti knpe kan... Mungkin ramai yang kata wa ni gemok n comel sangat...
wa pun rase badan wa dah naik...nak solat pun susah nak bangun...baju semua dah sempit semua kene beli baru...
itu lah senang hati sangat kan...
Ok hari ni nak share beberapa artikal pasal diet...
Kita memerlukan lebih daripada 40 jenis zat makanan belainan untuk kesihatan tubuh yang baik. Namun tidak terdapat sejenis makanan yang dapat membekalkan semua zat makanan yang diperlukan. Pilihan makanan harian anda patut merangkumi roti dan bijiran penuh yang lain, buah-buahan, sayur-sayuran, produk tenusu dan makanan protein yan lain seperti daging, ayam-itik, ikan dan sebagainya. Malangnya untuk memenuhi semua vitamin dan mineral perlu untuk setiap hari, ternyata banyak hidangan yang diambil adalah kekurangan zat makanan.
Rakyat Malaysia amnya masih tidak begitu pasti sama ada hendak menjadikan suplimen pemakanan sebagai sebahagian daripada diet harian mereka. Soalan yang paling kerap ditanya adalah perlukah saya mengambil suplimen sedangkan saya sentiasa mengamalkan diet seimbang yang mengandungi jumlah protein, khabohidrat, lemak, buah-buahan dan sayur-sayuran yang mencukupi?
Untuk mengetepikan keraguan ini, saya menyenaraikan alasan baik yang menerangkan mengapa anda perlu mensuplimenkan diet anda walaupun anda telah mengamalkan pengambilan hidangan harian yang seimbang.

1. Badan kita memerlukan vitamin.
Sesetengah zat makanan, contohnya vitamin E dengan dos yang diperolehi dari makanan memberikan kebaikan kesihatan yang lebih berkesan. Pengambilan suplimen antioksidan lain seperti vitamin C dapat membantu mencegah ataupun melambatkan penjelmaan sesetengah penyakit-penyakit teruk sepeti penuaan awal, selaput mata, rheumatoid arthritis dan diabetik.

2. Sayur-sayuran dan buah-buahan memberi kesan kepada vitamin.
Buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditanam diatas tanah yang tidak subur mengandungi vitamin dan bahan galian yang kurang berbanding dengan buah-buahan dan sayur-sayuran yang ditumbuh di tanah yang subur dan kaya dengan zat makanan.

3. Proses masakan merosakan vitamin.
Zat-zat makanan akan hilang semasa proses pengangkutan, penyimpanan, dan penyedian. Vitamin-vitamin tertentu seperti vitamin C dan enzim mudah dimusnah oleh haba semasa dimasak. Buah-buahan seperti epal mulai hilang kandungan vitamin C-nya sebaik sahaja mereka dipetik. Biasanya, buah-buahan yang diimport hanya akan sampai kepada kita selepas berbulan-bulan ia dipetik.

4. Gangguan penyerapan vitamin ke badan.
Pengambilan minuman keras, merokok, ubat-ubatan, laksatif dan antibiotik mengganggu penyerapan zat makanan. Pengambilan diet yang tinggi kafein, lemak, kolestrol, gula dan garam mengurangkan simpanan zat makanan di dalam tubuh.

5. Tabiat makan orang Malaysia.
Umumnya, rakyat Malaysia memakan mengikut rasa dan bukan atas asas pemakanan. Contohnya, kita makan ‘nasi lemak’ sebagai sarapan pagi dan ‘roti canai’ untuk minum petang. Kita sentiasa makan oleh kerana kita lapar ataupun kita bosan atau demi memenuhi ketagihan atau kepuasan terhadap sesetengah makanan. Kita jarang makan kerana kita memerlukan zat makanan tertentu. Arah aliran ini cenderung kepada kepada makanan yang rendah dalam nilai pemakananan. Pengambilan minuman ringan telah naik menjulang. Makana ringan seperti ayam goreng, ‘fried koay teow’, daging lembu dan ubi kentang semakin menjadi makanan utama kita. Kepingan ubi kentang adalah rendah dengan kandungan vitamin dan bahan galian sementara makanan-makanan goring adalah tinggi dengan kandungan lemak.

6. Cara pemakanan.
Memakan makanan ringan seperti hot dog, stik dan hamburger menjadi semakin popular, terutamanya bagi masyarakat bandar. Dengan adanya semakin ramai kaum wanita yang terlibat dalam kerjaya meraka, usaha untuk memperolehi tiga hidangan masakan rumah menjadi semakin susah. Makanan yang dijual di luar biasanya rendah dengan nilai pemakanan, sedangkan kandungan monosodium glutamate (msg), garam dan lemak adalah tinggi. Kebanyakkan kelurga lebih suka makan di

Source: http://ms.shvoong.com/medicine-and-health/epidemiology-public-health/1810709-amalan-diet-terbaik/#ixzz1PWGp2ZG0

Menu pilihan

Ha...ini antaran menu yang wa jumpe dalam online...
hahhahahhaaa
jom kite tengok....



Pilihan sarapan pagi

1. semangkuk oat dan nescafe
2. sekeping capathi dan kuah dal dan secawan teh o
3.2 keping roti mil penuh , 4 sudu tuna dangan timun dan salad serta air soya.
4.Semangkuk bijirin fiber dan secawan teh o
5.sekeping tosai dan nescafe
6. 2 ketul popia basah dan segelas teh o
7.2 biji karipap kentang dan secawan nescafe 0
8.2 keping roti bakar serta jam dan segelas susu.
9.2 biji telur setengah masak dan secawan kopi.

Pilihan Makanan tengahari.
( kalau boleh padankan dengan air suam dan minum segelas air sebelum makan .)

1. 1/2 senduk nasi dan 1/2 senduk kacang buncis goreng dan seketul ikan tongkol masak kuah.
2.1/2 senduk nasi dan 1/2 ikan kembung bakar dan ulaman dan setengah sudu sambal belacan.
3.satu senduk mee hoon goreng
4.1 mangkuk kecil bubur ayam/ikan dan 1/4 telur masin
5.kweyteow sup
6.1/2 cawan makaroni goreng
7.1/2 senduk nasi dan 1/2 ekor ikan masak halia (kukus) dan 1/2 senduk sayur campur.
8.1/2 senduk nasi dan seketul ayam dada masak sup dan beberpa ketul kentang.
9.1/2 senduk nasi dan ayam dada masak paprik.
10.1/2 senduk nasi ayam dan ayam dada steam buang kulit.dan potongan timun,
11.1/2 senduk nasi ,ikan masak tiga rasa (makan isinya)dan 1/2 senduk sup sawi.
12.1/2 senduk nasi satu mangkuk besar kerang rebus dan cili sos.
13.1/2 senduk nasi,tauhu goreng dan satu senduk sayur campur.
14.1 mangkuk wantan mee.
15.1/2 mangkuk pasta
16.1/2 senduk nasi putih, dan seekor ikan kembung masak pindang dan 1/2 senduk sayur kubis
17.1/2 nasi goreng kampung dan lai chee kang
18.1/2 nasi putih ,sambal tempe ikan bilis dan sup bayam.

kalau hari cuti boleh ambil satu senduk penuh nasi tapi malam jangan makan ok,malam ambil desert ok. ingat.

Pilihan desert/atau makanan ganti makan malam/minum petang pun boleh.

1.2 ketul popia basah dan jus tembikai.
2.1 mangkuk rojak buah
3.sanwich sardin dan segelas susu rendah lemak.
4.beberapa potong buah naga.( sangat baik diamalkan as snack , masa nonton tv)
5.5 keping biskut dan secawan milo panas.
6.2 keping vadai dan segelas lassi sejuk
7.1 mangkuk salad buah.
8.kunyah-kunyah sebiji carrot
9.semangkuk tau fu fah
10.satu biji jagung rebus.
11.segelas jus tomato.
12.seketul tahu sumbat dan segelas soya.
13.1 ketul pau kukus dan susu rendah lemak
14.1 cawan yogurt asli ( baik diamalkan setiap malam sebagai penganti dinner)
15.1 keping sandwich keju
16.seketul puding roti dan teh o
17.4 ketul cekodok he,he dan nescafe o ( peberet nih)


selamat menjuba
semoga berjaya

20110616

Darah jenis 'O'

Hai semua ....misi izwa untuk deit...
haaaa so rajin lah google macam2
google punye google..terjumpe lah artikal pasal ini...
betul atau tak tak pasti ok..wa cuma nak share ngan korang..

Cara diet mengikut katagori darah
wa darah 'O'
so untuk korang yang selain dari 2 leh lah refer pada web ini

Diet: Apa Jenis Darah Anda?

DIET UNTUK GOLONGAN DARAH ‘O’

Dr. Peter J.D´Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum. Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan.

Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D´Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang. Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.

Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:

• Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
• Mudah mengadaptasi berbagai makanan
• Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
• Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
• Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:

Sarapan : Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek : Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek : Sepotong kuih
Makan Malam : Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba

20110615

Diet



Askum semua...
korang nak tau tak ade orang suruh aku diet sikit supaya jaga kesihatan...
izwa dah terlalu berat dan kene turun kan berat badan ni...
Misi insaallag bermula minggu depan wa kene turun kan berat badan...
Wa nak mulakan semua ni..
Ade yang kata kalau nak pregnent kene diet sikit...takut nanti susah nak pregnent...bertul ke?
so aku kene lahkan...
tapi bukan sebab nak pregnent je...
sebab kesihatan ni dah di tahap menakutkan...
nak dikatakan hari2 air manis, nasi, daging, aiskrim dan coklat...

Insaalah wa akan main futsal balik dan gi gym...
Doakan misi ini berjaya...
Izwa akan tanamkan azam ini...

Ok wa nak google makanan yg wa nak makan untuk diet...
diet kene makan gak...
jogging lagi bagus...
tapi 2 lah puchong ni mane tempat yang best...
kat umh ni semua lorong ade anjing
nnti kene kejar anjing pula...
penyakit lain pula wa dpt....

SO MISI SETERUSNYA
DIET
kurangkan makan coklat, air manis dan coklat


20110614

Misi bermula

Askum semua...hari ini tak sibuk sangat so pagi2 leh lah berblog..
wa nak cerita ngan korang sesuatu ni...berkaitan ngana tajuk diatas...
Banyak makna yang leh ditafsirkan ngan

MISI BERMULA
Hari ni dah 14 jun...lagi 2 bulab setengah je nak raya n sebulan setengah nak pose... So dah mula jugalah orang menempah baju untuk dipakai di hari raya... Bile baju dah siap ade pula yang nak kan hiasan2 antaranya..rantai gelang untuk digayakan ngan baju..dipagi raya... Antara trend sekarang ni, jahit manik kat baju... Mmg sekarang ini ade lah musim org jhit manik... Antara peganti kepada gelang n rantai...

So ini adalah tugas izwa untuk menjahit manik...
Ini lah dia dikatakan misi bermula... Kat umah dah ade 7 helai baju untuk dijahit manik...itu utuk raya sahaja..belum lagi yg utk kahwin... Insaalah wa akan mwnyiapkannye...
Untuk baju kahwin pula ade 2 helai 2 nak disiapkan sebelun julai....minggu ni dah kene siapkan....

Sesape yang nak tengok hasil kerja wa yang lain leh lah gi blog ini...

http://izwalovebeads.blogspot.com/

atau kepada sesapa yang suka silalah

like...


So doakan ye...misi wa ini berjaya


20110610

Secret recepi

Alamak aku baru je lepas makan kek kat secret...lepas 2 tibe2 ade pula yang tag kat wa katanye mencurigakan...betul ke?

tak pe lah ape yang dah lepas biarkan je lah ye....
dah masuk dalma perut dah pun....



Kalau korang nak tau lebih lanjut korang leh gi blog ni..

http://fatihashuhaimy.blogspot.com/2011/05/sijil-halal-syarikat-puratos-malaysia.html
atau
HALAL MALAYSIA

Mungkin kalau nak selamat hari2 berdoa...kepada NYA supaya halalkan makanan yang kite makan




20110608

Drama Nora Elena TV3


Korang nak tau tak drama ni kan adap tasi dari novel tau...diorang kata best...tapi wa pun tak sempat nak tengok lagi sebabnye by lah...tapi tak pe nasib baik tonton ade kan..so nanti leh tengok bile ade masa lapang ahhhaha...tapikan untuk yang tak nak baca novel...kan korangleh bace online tau....

klik sini

kat sini ade novelnye...so sesape yang ade mase leh lah bace....


20110603

Majlis Pertunangan part 3

Hai semua...
Hari ini izwa nak buat sambungan pasal majlis pertunangan kawan izwa ni... dari entry part 1 part2.... Sebab ape wa asik cerita pasal dia ni sahaja...PERTAMANYA : dia ni kawan wa..dari belajar sesama kat poli JB dulu... KEDUA : sekarang ini dia nak tunang dia ambil izwa jadi photographer dia... wa happy sangat sebab dia mempercayai izwa...KETIGA : izwa ditugaskan untuk membuat hantaran untk majlis pertunangnanya...TQ dear sebab mempercayai izwa....
Dia adelah Hidayati ( dia ni blogger juga B2b on nov 2011)

Ok untuk contoh hasil kerja wa...wa tak nak view kat sini sebab wa ade personal blog has untuk

Hasil Kerja Hantaran - by izwa

ADIWADESIGN

Semua ade kat link atas ye...tapi izwa nak lah juga view 1 picture untuk tatapan korang kat sini

yati1
Hasil gambar izwa - shoot by izwa

CHINTAOFSTORY


yati2

Enjoi yee... untuk sesape yang ingin menempah leh lah email kepada izwa untuk bertanyakan detailnye...

Korang leh juga sewa dulang sahaja...untuk tau berapa harga email ke pada izwa juga...
ke jhizwa77@gmail.com