IZwahasnan

My photo
Alhamdulillah saya seorang anak kepada ibu dan bapa saya, baru sahaja menjadi seorang isteri kepada sang suami dan sini hidup kami akan lengkap dengan seorang cahaya dari Allaha.w.t... yang bernama NUR DAMIA IMANI...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20111227

Story 02: Jamu Set bersalin

Assalamualaikum semua,
Hari ni dah masuk 22 minggu...
So bermulalah episod untuk membuat persiapan...
Wa tgh buat list untuk persiapan dah sambut bby n persiapan untuk diri sendiri...
maklumlah semuanye dah kembangkan... nnti...
so macam2 nak cari untuk kuncupkan balik...
Perkara pertama yang wa cari ade lah Jamu.. sebab ini penting untuk kembalikan kesegaran badan untuk menempuh hari2...

Izwa cuba google set jamu 2010...
So kualah macam2... pasal set bersalin ni...
Dan macam produk... antarannye...
Jamu Makdara
Biodex
Afiat
Salindah
HPA
Mustika Ratu
Amway
Sendayu Tinggi
Leesa Formula
Nona Roguy (NR)





Ha pilih je lah mana yang kite nak kan...
Tapi yang peningnye... kite kene tau khasiat2nye...
dan sesuai ke dengan kita kan...

Tibe2 terjumpa pula
PANDUAN MEMILIH SET BERSALIN
dari kak engku bidan bersalin

So maklumat ini memang berguna sangat2...
izwa ade copy n paste kat bawah ni..
boleh lah korang bace...

PANDUAN MEMILIH SET BERSALIN
Isk Set Bersalin yang mana nak beli nie? Banyaknye pilihan sekarang nie, kelabu mata den di buek nyo. Susah-susah tanye Kak Engku je lah..... Haa tengok..last last Kak Engku jugak yang dicarik huhuhu....

Untuk Pengetahuan, semua Set Bersalin yang ada kat pasaran tu bagus, elok, ok, popular dan dapat sambutan. Set-set bersalin ini mempunyai kebaikan dan keistimewaan tersendiri, tu sebabnye kalau seseorang tu kalau dah biasa atau serasi ngan sesuatu jenama produk tu, komfem tak tukar ke jenama lain dah (ade sampai turun temurun lagi), tapi ada jugak, dulu pakai jenama lain tapi kali nak pakai jenama lain lak....yg nie selalunya mungkin saje nak try jenama lain ataupun yg dulu tu tak berapa sesuai ngan diri si pemakai.

Meh sini Kak Engku bagi panduan memilih set bersalin, mudah-mudahan dapat menolong dalam membuat pilihan nanti yek...tapi apa-apapun org cakap 'tepuk dada tanya selera'. Oppss sebelum tu...nak iklan jap.... kalau dah buat pilihan tu jangan lupa order dengan Kak Engku ye hehehe....Kak Engku kasi diskaun lagi....

Okay iklan dah abis.....meh kite ke topik asal semula....

Antara kriteria yang perlu diambil kira adalah ......jeng jeng jeng....tgk kat bawah nie yek....

1. Dapatkan Info Produk
  • Maksud Kak Engku, cuba cari atau dapatkan info produk (kalau boleh dapatkan info dari pelbagai jenama). Info ini boleh didapati dalam internet (web ataupun blog) ataupun boleh bertanya ngan tokey kedai ubat. Cuba kumpul info sebanyak mungkin.
2. Budgetnye berape?
  • Nak murah boleh nak mahalpun boleh....kalau set yang murah selalunya brg didlmnye tak la byk sgt....tapi masih menepati rawatan selepas bersalin. Kalau yang mahal lak...paham-paham je la....semuanye complete....cthnye ade bengkung, tungku, gel peramping body dan macam-macam lagi la.
  • Kalau anda dah set budget anda berape, jadi senanglah nak dijadikan panduan. Sebab ngan budget yang anda dah peruntukan serta info yang telah anda perolehi, ini mungkin dapat membantu dalam menentukan jenama mana yang hendak dibeli nanti....Haaa yang tu citer pasal bab budget...
3. Jenama Produk
  • Adakah anda membeli sesuatu produk berdasarkan nama produk tersebut ataupun setelah meneliti info produk tersebut. Setiap produk mempunyai keistimewaan tersendiri jadi sebagai pengguna anda dinasihatkan meneliti isikandungan produk, cara penggunaan, dll agar produk yang dibeli dapat digunakan sebaiknya.
4. Sesuai Atau Serasi Ke Ngan Diri Sendiri?
  • Dengan Info produk yang telah anda perolehi, perbandingan produk dapat dibuat, dengan ini anda dapat buat rumusan produk mana yang agak bersesuaian dengan diri sendiri. Ramai yang membeli sesuatu produk tanpa mendapatkan maklumat yang mencukupi dan akhirnya produk yang dibeli tidak menepati citarasa diri si pemakai.
  • Kalau nak set bersalin yang ringkas, mudah, senang dan praktikal khasnya untuk mereka yang bekerja dan tiada orang menjaga semasa berpantang atau segala-galanye perlu dilakukan sendiri, Kak Engku cadangkan pilih set bersalin dari jenama-jenama ini cthnye Amway Tropical Herbs, Nona Roguy, Leesa Confinemum, Set Bersalin Ibu Halimah Mak Dara, Set Bersalin Ibu Ambar Kenanga dan Sendayu Tinggi adalah antara yang sesuai (kebanyakan ubat-ubatan adalah dalam bentuk Kapsul / Tablet).
  • Manakala untuk yang suka set bersalin yang lebih tradisional, boleh la try Mustika Ratu, Nyonya Meneer, Set Air Mancur, Set Orang Kampung, HPA ataupun Jamu Afiat. (Set-set ini juga ada terdapat dalam set serbuk - perlu dibancuh dan minum, serta juga terdapat set pil / kapsul). Kalau mak-mak kite selalu cadangkan set nie, maklumlah dulu-dulu diaorang pakai jenis yang kene minum minum nie....kalau Kak Engku la..huhuhu tak mau...tak tertelan huhuhu...tapi pembaca Kak Engku jgn ikut Kak Engku lak ye....sebabnye lain org lain citarasanye....betui tak.
  • Bagi yang tidak sesuai dengan herba bolehlah menggunakan set Salindah. Set Salindah bukannya dalam bentuk jamu tetapi Homeopati yang sememangnya tidak memberi kesan panas terhadap diri si pemakai.
  • Set Tropical Herbs Amway, set nie adalah salah satu set yang mendapat sambutan di hati ibu ibu hamil masa kini, set nie lengkap dan bengkung diberikan percuma hehehe. Set yang berasaskan organik, mendapat paten antarabangsa mengenai kualitinya, tidak panas dan sangat sesuai bagi ibu yang ingin menyusukan bayi mereka, juga dapat mengurangkan berat badan selepas bersalin.

5. Beli Secara Berasingan Ataupun Set Bersalin Berpakej.
  • Sesetengah Set Bersalin boleh dibeli secara berasingan. (Walaupun secara berasingan tetapi kene satu set gak, kene la complete utk rawatan) Antara set bersalin yang menyediakan set pakej nie adalah seperti Set Bersalin Sendayu Tinggi, Salindah dan juga Leesa Confinemum. (Cthnye diasingkan set rawatan luaran dengan set rawatan dalaman). Tetapi Kak Engku tidak galakkan menggunakan produk berlainan jenama bagi tujuan rawatan selepas bersalin (terutamanya utk rawatan dalaman), takut lain lak jadinye...(kalau nak beli bengkung atau tungku berlainan jenama tu takpelah...hehehe).
  • Oppss lupe lak...selalunye kalau beli set secara berasingan...susah sikit nak dapat diskaun lebih....hehehe.
6. Tanya Pendapat
  • Cuba tanya pendapat sesiapa yang anda kenal, tanya pendapat diaorang, produk apa yang dipakai, sesuai tak ngan diri si pemakai, apa kebaikan dan keburukan produk tersebut. Melalui cara ini gak dapatlah anda jadikan panduan. (kalau boleh sebelum tanya pendapat, cuba kumpulkan info produk dahulu, agar boleh anda bertanya lebih lanjut ngan sesiapa yang anda nak tanya tu....kalau anda takde info produk....nanti anda hanya menjadi pendengar sahaja).
7. Beli Ngan Harga Yang Berpatutan
  • Setelah membuat pilihan set bersalin....bolehlah pegi membelinya (tapi tak perlulah tergesa-gesa....tunggu dekat-dekat nak bersalinpun takpe). Cuba dapatkan set bersalin yang dihajati dengan harga yang berpatutan. (Cthnye meh order ngan Kak Engku....boleh dapat diskaun lagi heheheh)
8. Beli Di Mana?
  • Set Bersalin mudah didapati, boleh dibeli di Kedai Ubat, Pasaraya, Beli secara Online (Web atau Blog) dan lain-lain. Kalau beli secara online pastikan anda membeli di web atau blog yang anda betul-betul yakin. Ini bagi mengelakkan anda tertipu dan mengalami kerugian.
9. Mmmm Ape Lagi Yek?
  • Haa kalau poning kepala jugak nak buat pilihan, apakata bagitahu je la kat Kak Engku apa yang anda harapkan untuk set bersalin, nanti Kak Engku akan cuba padankan ngan pilihan yang sediada.
10. Dan Yang Terakhir....Kot?
  • Kak Engku akan updatekan kriteria yang lain kalau ada idea yang terlintas kat kepala Kak Engku nie...heheheh jgn marah ye....

Waktu Yang Sesuai Nak Makan 'Jamu'....

Bersalin Normal / Pembedahan.
  • Dicadangkan mula mengambil Jamu Selepas 2 minggu bersalin.
  • Jika baby ada masalah 'jaundis' atau demam kuning apakata start pengambilan selepas 6 minggu.
  • Jika Jamu yang di ambil 'panas'. Contohnya baby atau puan alami ciritbirit....cuba kurangkan dos pengambilan ' Jamu' tersebut. Tak Perlu Berhenti makan Jamu.
  • Tetapi jika bayi puan mengalami ' Demam Kuning' yang teruk, berhentilah dulu makan Jamu sehingga anak betul-betul sembuh dan bolehlah sambung semula pemakanan jamu tersebut.

Perlu ke Makan Jamu?

Sesetengah pendapat ada mengatakan tak makan jamu pun takpe....Pendapat ini tak berapa betul sebab ibu-ibu lepas bersalin nie mengalami sakit-sakit badan dan badan mudah masuk angin walaupun berusia 2o-an.

Sekiranya ubat yang diambil tu terlalu kuat untuk puan dan bayi, maka kurangkan dosnya dan janganlah tak makan langsung, kerana apabila mengandung urat-urat abis semuanye mengembang begitu juga dengan peranakan. Jadi kita perlu mengambil ubat untuk memulihkan segala kerosakan yang berlaku. Ada juga ubat bersalin yang dapat membanyakkan air susu ibu dan tidaklah terlalu panas.

Kebanyakan set bersalin yang terdapat di pasaran tidak begitu memberi kesan 'panas' kerana ia telah dimodenkan dan selalunya kajian telah dibuat bagi mengatasi masalah ini.

Selain dari itu, puan juga disarankan mengambil pendapat rakan-rakan, saudara-mara, adik-beradik dan sape-sape saje yang pernah menggunakan set bersalin, sebelum puan membuat keputusan yang muktamad.


Kebaikan Makan Jamu

Memakan jamu, akar kayu atau rempah ratus adalah satu lagi amalan berpantang Melayu. Lazim dikatakan jamu berkhasiat bagi mengembalikan tenaga, memanaskan badan, mengeluarkan lemak dan toksin serta melawas sistem penghadaman. Ia membantu mengecutkan segala organ, otot dan urat, mengeluarkan kandungan air berlebihan dalam badan, membuang angin dan mengempiskan perut. Apabila toksin keluar, badan berbau harum dan berat badan pun akan turun.

Jamu selalunya diambil untuk tempoh pantang selama 44 hari ataupu 60 hari. Walau bagaimanapun terdapat juga ibu bersalin yang mengambil jamu selepas tempoh bersalin mengikut kehendak masing-masing. Amalan sedemikian ternyata tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada bayi sepanjang tempoh penyusuan malah lebih selamat berbanding pengambilan jamu sewaktu bayi dilahirkan.

Nak Pakai Bengkung Lepas Pembedahan Boleh Ke?

Boleh....Tapi selepas 2 bulan pembedahan....tu pun tak boleh pakai ketat-ketat.

20111223

Story 01: Baby bedding set

Alhamdulillah,
hari jumaat bersamaan 27 muharram... wa masih bernafas... bby dah masuk 21minggu 3hari... malam tady bby dah mula main2 dalam perut... sampai wa dari tengah lipat kain... terus terbaring menahan sakit...
tak lah sakit sangat tapi tak selesa bile berdiri perut sakit...

Alhamdulillah wa dah sihat, dah tak muntah2, makan makin selera, sampaikan pantang nampak orang makan mesti nak juga... kadang-kadang tak nampk tpi bau je ade pun rase nak juga... hahhaa... ini lah penangan orang pregnant kot...

Cerita hari ni... ade lah berkaitan ngan tajuknye... pasal bedding baby...
Wa ni suka terjah blog orang lain tengok2 ape yang siorang buat... n untuk M2b ape persiapan diorang nak sambut bby... Ade yang baru 10 minggu dah mula shopping sikit2... dan ade yang dari 15 minggu pun dah mula beli2... terpulang pada masing2... dah keperluan... Ade pula kandungan 6 bulan baru mula shopping... masing2 kan...

Contoh dari google:






Tapi bagi wa... wa nak shopping bile kandungan masuk 25 minggu nanti... sekarang ni tengah kumpul bajetnye dan kumpul list untuk barang yang nak dibeli... Itu lah sebabnye suka merayau ke blogger M2b... nak tengok ape diorang beli, kat mana dan berapa harganye... Tq u all semua ye...

Tapikan wa nak share ngan korang 1 bende yang wa rasa sangat cantik dan kreatif kepada yang membuat nye... Dia adelah... Junita khalid... PEMBUAT SARUNG TILAM DAN BANTAL untuk baby... so kepada M2b mesti suka tengok...

Hasil kerja Junita




Sebelum ni memang dah plan nak buat sarung bedding bby sendiri... cuma corak n kain nye sahaja yang tak tau lagi camne kan... cari2 punye cari dalam blogger n google terjumpe lah JUnita ni... so wa suka sangat corak2 kain yang digunakan... dan kombinasi nya...

Dalam kepala dah tau dah colour ape yang nak digunakan... Untuk bby girl nak cari colour purple... n baby boy nak cari colour hijau... selain itu... kalau ade colour merah dan tourquis pun cantik juga... kan2...

Dari segi kain pula wa akan cari nanti di kedai2 jual kain... contohnye kamdar dan nagoya... tapi dah online pun ade juga... ilovecottan wa dah jumpe dah sorang FB ni dia jual kain cotton... cantik2 tau... Tapi nak lagi puas hati gi beli je kat kedai... so kite leh tau jenis kainnye macam mana... sebab cottan n ade macam2 takut tak ok cottannte,,, sarung ni nak guna lama... so kene cari kain yang betul2 elok...

Kain yang dijual oleh ilovecottan:



Ok cerita pasal sarungnye dah satel...

Sekarang ni nak cerita pasal tilam n bantalnye pula... wa nak bli kekabu di arial kuala selangor... wa dah tengok dah ade jual... sebab kampung wa kat sana... so selalu nampak ade banyak orang jual kat tepi jalan je... harga kurang pasti...

So dah satel part bedding baby...

Alhamdulillah... dari segi toilar wa dah ade... sape lagi kan... mama wa lah yang akan buatkan... lagi pun untuk cucunye jugakan... hhehee... mungkin wa dah jimat dari segi kos toilar... untuk sesape nak join boleh pm saya... nnti dah siap wa akan update later ok... sekarang ni plan je... wa akan mulakan projek ini... insaallah tahun baru 2012... beberapa hari je lagi kan...




20111206

DOA, ZIKIR DAN AMALAN MEMUDAHKAN BERSALIN

Ini antara doanye...
Info dari blogger2
Yang kat bawah ni copy paste dari blog puterijasmin
kredit kepada sis...tq

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah
:

1.

“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”
2.

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.
3.

“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4.

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :
5.

“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:
6.

Maha Suci Allah
7.

Aku Pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini :
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ8.
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ
Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

9.Surah Al-Ansyiqaq

Surah ini, seorang ustaz menyarankan mak cu membacanya. Mak cu rbanyakan bacaan surah ini serta berdoa, lebih-lebih lagi bila dah dekat tarikh jangkaan bersalin. Syukur Alhamdulillah, mak cu bersalin lebih mudah, cepat dan kesakitan semasa nak bersalin pun kurang, walaupun berat Adda semasa lahir 4.1kg. Semasa mengandungkan Haziq, mak cu memperbanyakan lagi bacaan surah ini serta jangan lupa berdoa semasa mengandungkan Adda. Alhamdulillah lagi mudah, lagi cepat dan lagi kurang sakitya.

10.Sentiasa membaca surah Maryam.


11.Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Insaallah izwa akan amalkan... ape2 selepas itu kite berserah... sahaja... janji kite berusaha dahulu barulah bertawakal...

19 minggu




Alhamdulillah, hari ni bby mummy dah 19 minggu...
alhamsulillah bby sihat... 1hb dah gi check n scan.. Dah nampak kaki dan tangan dia...
Agak2 bby mummy ni camne lah rupa dia kan...
Sangat terharu ciptaan allah s.w.t yang boleh mencipta manusia di dalam perut seorang ibu... SUBAHANALLAH..


Ok hari ni kerja tak banyak sangat... So boleh lah curi2 mencari2 ape yang patut... Wa dah mula hari2 sebelum dan selepas solat maghrib dan ishak...
Alhamdulillah bby tak buat ragam lagi...
Cuma sekarang ni wa kerap sakit kepala bile kaat ofis dan sakit punggung... dan mungkin sebab banyak duduk je kat ofiskan... n kat ofiskan air-corn je so sejuk memanjang...


Sekarang ni wa dah plan nnti nak bersalin di hospital putrajaya sahaja... walaupun wa kerja swasta...
wa stil kene bayarkan tapi tak lah banyak sangat macam bersalin kat hospital swasta... Bukananye ape tak nak membazir... tak kesah lah orang kata servis kerajaan ni bagus atau tak... janji wa nanti selamat bersalin...

Lagi pun sekarang ni wa pun gi checkup kat KKPutrajaya je...
Dekat ngan rumah mama wa... So boleh mintak tolong mama hantar n ambil kalau husband bz... Walaupun lambat n ramai gile.. tak pe lah kan..sabar itu penting... Time ni lah nak melatih diri bersabar...

Ofis wa hanya cover RM 1500 untuk normal n operation hanya RM3000...
Dalam masa sekarang ni wa rase semua tu tak cukup...
Untuk mengelakkan dari keluarkan duit yang banyak nanti... baik lah gi kerajaan sahaja...
Duit boleh simpan untuk masa depan bby nanti... Lepas bersalin lagi banyak nak pakai duit... macam2 nak dibeli... Baik lah disimpan dari membayar kos hospital yang terlalu mahal...


Ok ceritanye hari ni wa nak share ngan korang. doa untuk bby... dalam masa kite mengandung ni... bukannye ape wa nak kan bby ni selamat lahir nanti...



Doa Untuk bby mummy

Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

20111204

Cameron Highland Part 1

Perjalanan ke sana banyak gak kereta....haahah

Alhamdlillah akhirnye izwa sampai juga ke sini... last wa gi masa umur 20 tahun kot... hahhaa... mase 2 gi ngan mak angkat wa yang kat lumut... masa itu gi balik hari sahaja... So gi ngan husband... tidur sana... penat tau kalau balik hari... Kebetulan voucher hotel ade lagi... so disebabkan nak habiskan untuk tahun 2011 ni... itu lah kali ke 2 wa gi berjalan ber2...

So last month ajak lah dia ke sana... time 2 kebetulan tgh free... walaupunbadan tak sihat... Tpikan nak jalan punye pasal... tak muntah pun nak atas 2... segar je badan... hehehee... baby ni suka berjalan kot... 2 sebab dia tak meragam...

Sekarang ni wa dah masuk 4 bulan lebih... nak masuk 5 bulan... yeeee... peringkat dah boleh buat semua kerja... tapi stil kene berhati2.. perut pun dah makin besar... nak bangun pun dah susah sikit... tapi alhamdulillah wa masih boleh solat berdiri macam orang biasa...

Ok berbalik kepada cerita kite pasal cameron... perjalanan jam 10 pagi... agak lambat lah juga kite orang bergerak... sebab plan kul 8 pagi... hahaaa... bisalah makbuyungkan nak bersiap lambat... bangun pagi pun payah...hehehee....

Pagi 2 perjalanan ke cameron lancar je... kereta tak banyak lagi...kite orang tak ikut tapah...sebab husband kata banyak kereta n jauh sikit... tapi tak tau lah kan.. masa 2 gi pun ikut jalan yg sama... tak pernah pun ikut tapah... hahaaa...


Dah lama tak pegang camre n shoot macam ni hahaaa....

Sampai sana jam 2 petang... sampai je terus masuk hotel... berehat... penat tau berjalanan... kite orang duduk kat brinchang courtyad... betul2 arial pasar...senang lepas nak gi pasar malam jalan kaki je....

Shoot gambar sendiri hehee... tak de sape nak ambilkan kan... dah lama gak tak buat kerja macma ni

Hotel tempat kite orang tidur

Dah puas berehat... lepas asar baru kua balik jalan kaki je ke pasar malam.. kat depan balai polis... makbuyung jalan kaki...hahaha. Firstly gi mamam bby dah lapar... lepas2 baru gi pasar...
Makbuyung jalan kaki...



mamam time... bby lapar dah

Kat pasar macam2 dia jual... sayur2, yang paling best banyaknye stawberry... harga tak tau lah murah ke tak kan tapi ok lah kot... 7 bekas RM35 penuh... dalam 1 peket ade dalam 20 biji...murah lah kan... sayur pula... gayanye macam sama je harganye... ngan k.bawah...tpi bezanye sayurnye segar n tak de racun... n bile makan lembutnye pun lain...
Pokok pun banyak tau... maina pun ade...macam husband wa ni memang hobi dia...korang tengok ni... ini pun dia nak beli... kelakar tak????

Haaaaaaahhh... tpi tak beli pun... Jangan nnti anak aku macam ni sudah

Ok ini aktiviti hari pertama.... haahahahha
Sambungan ceritanye besok lah pula wa update ok...daaaaaaaaaa
askum....

20111203

Izwa Kini


Askum...semua
sihat ke u all semua
wa dah berangsur ok
dah sihat dah
dah tak mabuk
cuma sekarang ni berusaha nak makan banyak2

Korang agak2 nak ke tengok wa sekarang ni camne yek?
makan gemok n tak comel pun


Gemok tak hahahaa... wa yang sekarnag...
Sape tak nak tengok pun tak pe heheeee....

20111027

M2b - Stretch mark

Hai u all semua
hari ni wa nak share ngan u all pasal
“stretch mark”


Wa baru je google hari ni pasal ini... sebelum ni ade yang bagi tau tapi buat endah tak endah je sebabnye awl lagi... rupanye dari sekarang ini lah kite kene ambil berat pasal berkara ini sebelum ia terjadi...

Maksud “stretch mark” dalam BM wa kurang pasti. Rekahan kulit, kulit pecah, garis hitam atau kerepot? Tak kiralah apa yang anda selalu sebut. “Stretch mark” ni terjadi kerana regangan berlakunya regangan kulit. Biasanya dialami oleh para ibu yang kerap bersalin dan ahli bina badan. Begitu juga mereka yang mengalami pertambahan atau pengurangan berat badan. Biasanya anda boleh nampak ia pada sekitar bahagian perut, dada, lengan, belakang badan, paha dan kawasan sekitarnya.

So wa nak share ngan korang pasal cara nak elakkan dari terjadi nye “stretch mark” kat perut kite yang bakal membesar ini... Cegah dari awl sebelum terlambat... Jangan sampai nanti suami takut nak tengok perut kite...hehheee

Ok caranya kenelah gunakan 1 minyak ini yang dikelaikan oleh seorang pakar motivasi yang sedang mengandungkan anak pertama... Ubat ini dibuat oleh ibunye sendiri... Ibunye belajar dari kawan baiknye dari siam... nama minyak ini... MINYAK MASAI ASLI... wa dah beli minyak ini dan dah mula pakai 1 bulan dah... Dengan berniat kepada ALLAH S.W.T insaallah perut kite cantik...

OK menurutnya lagi minyak ini perlulah dipakai seawl kandungan 1 bulan dan paling lewat 3 bulan... baru minyak ini betul2 berkesan... Jika terlambat boleh gunakan tetapi kesannye kurang lah... Perhatian ye minyak ini untuk M2b yang pertama kali preggy sahaja... Jika mengandungkan anak ke-2 n seteruskan dan telah mempunyai perut pecah tidak digalakkan kerana kesannye mungkin tiada langsung...

Cara memakainye minyak ni senang je...tapi perlukan bantuan dari suami ye... sebab dia kene sapu keliling perut hingga ke ari2, pinggang kiri n kanan, punggung, belakang pinggang dan bauh dada... Sapulah sehingga bekilat 20-30 minit. Kalau korarng nak tau ubat ni tak lah wangi tau n dia ade coour kuning... so dinasihatkan pakai pakaian khas contohnye macam t-shirt n kemeja untuk elakkan katil terkena minyak kuning...

Nama pakar motivati ni PN. NOOR LAILA ANIZA...kalau korang nak kenal dia lebih dekat boleg lah ke FB dia...

Ok kalau sesape yang nak cuba minyak ini boleh lah oder dari dia...dan yang nak tau cerita panjang pasal minyak ini boleh lah ke sini MINYAK MASAI ASLI

Nanti izwa letak gambar minyaknye ok...

20111014

DIY for newborn


WAhhhhhhh sangat teruja wa nak share ngan u all semua pasal DIY ni...jimat...tak yah nak membazir...lagipun newborn ni dah lah cepat besar... kadang2 sebulan je boleh pakai baju yang mula2 beli...lepas 2 mungkin kene beli baru...lagi2 kalau untuk newborn yang selera minum susu mama dia... pembesaran yang terlalu lah pantas....

So izwa nak share ngan u all...cara nak buat baby booties...
Wa jumpe toturial ni kat blogger MY square Cut Ring
Dia ni MOM2b
Memang menjimatkan kos...


Jom kite ikuti toturialnye di
MY square Cut Ring


Ayat-ayat al-quran


Hai semua hari ni wa mc dalam mc pun boleh pagi mengadap komputer... Bosan lah duduk je lah...ala ni upload pun guna phone so baring je... tak de masalah rasenye...

Wa nak share ngan u all antara ayat-ayat al-quran yang elok di bace untuk ibu mengandung ni...
Selama wa mengandung... bile baca al-quran wa rase badan sihat sahaja...lapang dada... tpi bile dah muntah 2 lembik juga... sampai mc... hahhaahaa

Antara surah2nye...

1. Surah Yusuf: Utk mendapatkan anak yang comel/cantik

2. Surah Luqman: Utk mendapatkan anak yang bijak/pintar/pandai

3. Surah Maryam: Utk mendapatkan anak yang soleh

4. Surah An-Nahl ayat 78: Utk memudahkan bersalin (dengan izin Allah SWT)

5. Surah Al-Fatihah

6. Surah Yaasin

7. Surah Ayatul Kursi

8. Surah Al-Araaf ayat 189

9. Surah Al-Imran ayat 38: Doa memohon anak yang baik

10. Surah Al-Imran ayat 8-9: Doa memohon rahmat

11. Surah Ibrahim ayat 40: Doa agar anak tetap mengerjakan solat

12. Surah Al-Baqarah ayat 128: Doa agar anak patuh kepada Allah SWT

13. Surah Yassin ayat 22 – 23: Untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak

14. Surah As-Sajdah ayat 7-9: Doa agar anak menjadi orang yang soleh dan baik

15. Surah Al-Furqan ayat 74: Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

16.paling yg wa rasa kite perlu baca surah Al-Waqi'ah: meringgankan seksa kubur, selamat bersalin, membuka pintu rezeki yg halal, dan mengurangkan atau menyembukkan orang yang sedang sakit.

Alhamdulillah wa dah amalkan hari2 sekarang ni...hari isnin sampai jumaat... kadang2 sabtu ahad selalunye berjalan saja... so balik dah penat...memang tak bace...

Selamat mencuba

20111013

Doa cepat dapat baby

Alhamdulillah hari ni kesihatan berangsur pulih... dah nak masuk 2 bulan wa mabuk tak menentu.... malas... lembik... n mc je kejenye....

Ok hari ni nak share ngan u all...

DOA cepat dapat baby..
Info dari RAHSIA HATIKU


maybe u ols blh amalkan doa ni :
1. Surah Al-Imran : Ayat 26, 27 & 38
2. Surah Al-Anbiya : Ayat 89
Suami isteri amalkn baca doa ni if nk cepat dpt baby...
xtau sejauh mana kesahihannya,
tp apa salahnya mencuba dgn ayat2 suci al-quran ni kn??? hehe

SElamat menCUba

20111012

Intro DIY Veil

Hai u all semua wa ade share ngan u all yang nak buat veil sendiri...cantik tau veil ini..

ADIWADESIGN


Ini contoh veil yang saya DIY sendiri...


20110921

Anak Kampung - Jimmy

Hai u all semua disebabkan boring n mengantuk aku duduk kat ofis ni...
Semjaka jadi mak buyung ni kan semuanye malas...
Ini ade hiburan untuk u all vdeo bulan ini


Lirik Anak kampung - Jimmy Palikat

Corus.

Memang aku ini
anak orang miskin
tiada apa-apa yang dapat ku berikan
engkau memang cantik
memang tidak padan dan tidak sepadan

aku anak kampung
tiada pelajaran
kuli-kuli sahaja
memang tidak padan
cantik bah kau itu
banyak yang tergoda lagi orang kaya

Tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan
rumah ku pun tiada adapun bapa punya
apa lagi belanja mau bayar berian kahwin sama kamu

bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup kau kan sengsara
kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain

engkau masih muda cantik lagi menawan
janganlah kau cari lelaki macam saya
engkau memang cantik
nanti kau menyesal tiada guna 3x

..............................................................

tiada kereta ku bawa kau jalan-jalan
rumah ku pun tiada adapun bapa punya
apa lagi belanja mau bayar berian kahwin sama kamu

bukannya ku tidak suka sama kamu
tapi aku takut hidup kau kan sengsara
kerna aku cinta aku lepaskan kau sama orang lain

ulang corus


kredit : http://www.cintanet.org/pain/blog/lirik-anak-kampung-jimmy-palikat/

20110908

Pantang larang semasa mengandung

Hai u all semua wa nak share ngan korang semua..betul ke semua ini... 1 perkara yang aku selalu buat sebelum ini adelah menjahit...Wa terbaca salah satunye ade lah menjahit tidak dibenarkan sama sekali...Nampak gayanye wa tak boleh menjahit dah...Sejauh manakan pantang larang ini...

Antara pantang larang yang wa jumpe...
Sumber dari google...Life 101

1. JANGAN DUDUK DEPAN PINTU
- nanti anak susah keluar...dia duduk je kat 'pintu' takmo keluar


2. JANGAN MAKAN GUNA PINGGAN / MANGKUK KECIL
- dikhuatiri laluan tak buka penuh


3. POTONG IKAN ATAU² APA² HIDUPAN MESTI MULAKAN DARI PANGKAL
- takut baby songsang


4. KALAU SAKIT PERUT JANGAN BUBUH UBAT PANAS
- takut keguguran


5. JANGAN POTONG KAKI² KETAM
- takut terkenan kat baby


6. JANGAN BASUH KAIN MENCANGKUNG
- takut peranakan jatuh


7. JANGAN MAKAN / MINUM GUNA PINGGAN / CAWAN YANG DAH SOMPEK
- takut baby lahir mulut sumbing


8. JANGAN RENDAM BAJU LAMA-LAMA
- takut masa bersalin sakit lama


9. KALAU GUNA LESUNG BATU, CUCI BERSIH²
- takut kepala baby berkudis


10. JANGAN MENJAHIT
- takut tali pusat baby bersimpul



11. JANGAN MAKAN KULIT AYAM
- nanti time bersalin liat nak bukak


12. JANGAN MANDI MALAM
- takut baby terbelit tali pusat


13. JANGAN LILIT / SELEMPANG SELENDANG / TOWEL KAT LEHER
- takut baby terbelit tali pusat


14. JANGAN SAPU MINYAK ANGIN KAT MANA² BAHAGIAN TUBUH
- takut muka baby bertanda (birthmark)

Ade 1 lagi info pantang n petua untuk ibu hamil...
Info dari blogger tak ingat dah namanye....wa google je...

1. Saya amalkan makan limpa dan hati lembu untuk tambah darah.

2. Saya amalkan makan ikan untuk mendapat anak yang bijak.

3. Saya amalkan makan kacang hijau agar anak berambut lebat.

4.Saya amalkan makan kacang soya dan buah oren agar anak berkulit cerah

5. Saya minum banyak susu untuk tulang yang kuat.

6. Saya kurangkan makan lobak kerana khuatir anak menghidap jaundice.

7. Saya kurangkan minum air kelapa kerana khuatir anak mendapat lelah.

8. Saya makan nenas dan tapai hanya setelah kandungan mencapai 5 bulan.

9. Saya makan folic asid dan obimin seperti yang diarah oleh doktor.


10. - Saya sentiasa jaga diri agar tidak melanggar pantang orang tua-tua. Salah satu daripadanya seperti, jangan duduk ditengah-tengah bendul pintu iaitu ke dalam tidak ke luar pun tidak kerana dikhuatiri bila melahirkan, anak tersangkut di pintu rahim antara ke luar tidak dan ke dalam pun tidak. Kelahiran begini harus dibantu dengan penggunaan forcep atau vakum. Namun tempat-tempat yang dilarang begini selalu menjadi kegemaran saya ketika mengandung. Jadi saya selalu kena beringat.

- Saya elakkan mengupas kulit buah-buahan dari arah bawah ke atas kerana khuatir melahirkan anak songsang.

- Saya elakkan memukul memarahi binatang waima mengata sebarang makhluk Allah s.w.t kerana khuatir anak terkenan.

- Saya elakkan melawan cakap ibu mahupun suami saya.

11. Yang paling penting untuk dapatkan anak yang cantik, saya amalkan mana-mana surah Maryam, anak yang kacak, surah nabi Yusof, dan ayat-ayat lazim Al-Qur'an.


Hme... kepada kawan2 yang nak hantar baju untuk wa jahit manik...mungkin wa tak akan terima...lagi pun bukan sebb itu aje kot...mungkin sebab masa n kesihatan pun tak mengizinkan....

20110906

Seluar dah tak muat

Askum semua

Hai rasennye belum terlambat lagi untuk wa ucapkan

SELAMAT HARI RAYA

Ade berita gembira nak share ngan korang...

Cerita camni...

last 2 weeks... on 26hb sepatutnye wa dah datang bulan tapi tak de....n perut pun rasa tak sedap..macam buncit je tau..padahal buka makan simple je...sehari sekali...n yang palin ketara sua semua dah tak muat...terutama sua jean...yang selalu wa pakai n baru beli may hari 2....pe;ik tau... sampaikan bile pakai kene buka zip n kancing..nasib baik pakai baju labuh...so bukak je lah...

So wa ambil keputusan gi watson beli pregnant test yang murah dulu...yang RM14 untuk 2 test.... Masa ni hari sabtu 27hb...balik rumah tak buat pun... sebab macam malas kan... lagu pun mase 2 by menjahit baju... besoknye 28hb malam baru lah ade masa nak test... Masa nak mandi....wa cubalahkan...mula2 dia kua merah pekat 1 garisan je... so buat tak tau je lahkan.... Dah habis mandi konon nak buanglahkan... sekali tengok naik 1 lagi garisan merah cair sahaja.... so ade 2 garisan...tengok kotak ape maknenye kan...sekali dia kata positivi....so wa pun panggil adi....suruh dia tengok betul2... Dia tersenyum je... n kata yessss......hahhahaa

Tapi wa masih tak percaya....so besoknye 29hb ajak dia gi beli yang mahalnye...brand clerblue tak silap...1 test RM19.90 kat watson juga....time ni orang semua dah sibuk balik kampung tapi aku n adik kat puchong lagi sebab tahun ni raya putrajaya....Balik dari berbuka...wa test..ngan perasaan exsited ni....cuba...sekali dia kua garisan + ... so baru lah aku rasa percaya sikit lah...tpi cuma tersenyumm....

Besoknye hari raya ngan perasaan gembira....kami ber2 merahsiakan dahulu dari pengetahuan sesape... sebab tak pasti lagikan...yang tau kite orang derdua sahaja....


Ini diantara yang wa buat.....total 4 kali

Raya ke -3 wa dah ade kat batu pahat... umah mak mentua... wa mengadu kat angah (akak ipar wa) yang wa sakit kat ari2...dia tanya dah datang bulan ke belum...aku jawap belum...

dia tanye dah lewat berapa hari..kalau ikutkan....

7 hari...

la ko mesti pregnant lah ni....

ye ke angah...

mandai je...

ye.....angah dulu macam 2...

tapi tak mabuk....

aku pun ohhhh aje...

aku pun bagi tau...wa ade juga buat test...mmg tanyenye positivi...

so angah kata nnti gi jumpe doktor sahkan...heheee....


So hari ni selasa 6 sep aku baru gi jumpe doktor.... doktor kata ye....dah 5 minggu.... baru lah aku rasa lege....so kene lah jaga kesihatan....

Tapi doktor kata aku ade alah...tibe2 kene asma... ni tgh batuk2 lah ni... Tidur tak selesa... malam2 adi terpasa urut badan bagi lega sikit....

So hari ni aku mc sampai besok... doktor suruh aku rehat...je kata rumah

Kul 1 wa dah balik dari keje... setelah siapkan semua keje untuk besok n lusa....

Tapi wa tak balik umh... wa ajak adi gi MPH sebab nak cari buku yang boleh aku bace...maklumlah 1st baby nak lah cari maklumat n bahan bacaankan...pasal orang pregnentkan.... So kite orang gi subang prade... kat sana tak ramai sangat orang so tak lah sesak sangatkan...n dah dekat ngan umh....so senang nak balik nnti....


Ni lah antara buku2 yang aku beli...sudoku antara permainan yang aku suka sangat main..yang lain2 banyak bacaan ayat ibuhamil n nama2 indah....Dah nak mula cari nama...hheee...walaupun awal lagi.... SO EXCITED...

Seronok rasanye....

Inilah kisah seluar tak muat... rupanye aku pregnent...

Jangkaan aku bersalin MAY 2012.... Ini bulan wa bertunang ngan adi...

ok korang semua nak nak

girl

*

*

*

boy

?

20110818

Hobi baru





Hai u all semua...Salam Ramadan...kepada korang dah ade yang tinggal puasa ke?
Heeeee....Hari ini hati yang ke-18 kite berpuasa....

Ok berbalik kepada tajuk hobi baru wa ade lah membela ikan.
Banyak gile ikan kat rumah..
Hari2 kene bagi makan..
Makanan diorang senang je..bagi cacing beku...
Wa akan bgi diorang makan tiap2 hari...
Tpi malam je wa bgi...
Pagi tak sempat....

Jenis ikan yang wa ade n yang paling banyak
BETTA FISH
Ikan cantik yang colour 2...
Kenapa ikan ye yang wa bele..sebab ikan tak de bulu....
Wa ni sensitif ngan bulu...
Kalau boleh wa nak bela arnab n kucing..pun cantik suka sangat....

Betta ini ade macam2 jenis...ekor panjang, pendek, kontot, n bulat.....cantik tau ikan ni...
Kat rumah wa ade 18 ekor ikan betta...yang macam2 colour n bentuk...
Kat ofis ade 2 ekor...

Best tau bele ikan ni..dia tak susah senang je...bagi makan tukar air...tempat dia pun kecil je..
Wa beli balang kuih yang petak untuk betta wa...saiz...4'x4' kecil je...


Merata wa beli...tpi yang biasa wa gi kedai ikan kat pj....
Baru2 ni gi the mall ade expo betta...cantik2 ikan diorang siap ade pertandingan lagi....
Semalam gi beli lagi kat shah alam...kedai ikan yang besar...

Selain itu kat umah ade ikan dalam akuarium...n ikan untuk elak pukau ikan ape tah tak ingat pulak,,,ape yek nama dia...lupa terus...entah lah penat fikir....nnti kalau dpt nama dia wa bgi tau ok....yang ni ade lah dalam 20 ekor juga...
Husband wa dia rajin bab bela ikan ni....

Nanti plaanning nak bela ikan arowana pula...nak beli yang paling kecil sekali...nak cuba..tpi tak pasti nak colour ape macam2 juga ikan arowana ni..harganye pun boleh tahan...mahal juga... Tak pe nanti kite cuma....



Enjoi...Nanti izwa akan masukkan gambar ikan wa...yang comel2

20110712

Pergi Pulau Mabul


Hai u all..hari ini wa bukan nak buat sambungan cerita wa bercuti di pulau mabul tapi nak jawap soalan kepada gadis comel adda shariff...





Ok izwa kan jawap ye adik comel..
Ok untuk u all semua sape nak tau cara nak ke Pulau Mabul

Naik flight dari kl - tawau, sabah
Dinasihatkan ambil flight awl pagi. Bagi wa tak pe lah bangun pagi-pagi nak gi berjalan kan...tak kesah lah kan..bgun seawal 3 pai untuk ke airport...

Macam wa selalunye ambil flight kul 7.20 pagi...kene berada diairport jam 6.00 pagi ok..dah checkin terus masuk ye jgn nak berangan nnti kene tinggl...
Perjalanan ambil masa 2.45minit..so sampai sana 10.10pagi...

Sampi sahaja terus naik van ke semporna...disana nanti kite akan naik boat untuk ke pulau mabul...Perjalanan 45minit dari airport ke semporna...

Dari semporna naik boat ke pulau mabul 1jam lagi...sampai sana dalam kul 1 lebih dah sampai pulau..kat best sampai awl...leh makan tengah hari yang disediakan...dan leh tidur n berehat lama...
Kalau sampai lambat kan tak best tak leh berehat...

Untuk balik pula...Bisanya wa akan kua dari pulau jam 2.30 petang...selepas makan tengah hari...sebab wa tak gi tawau pun cuma akan berjalan disemporna sahaja...

kat sana pun ade macam2 juga...untuk yang nak ikan masin kat pasarnya ade....n kalau nak mutiara pun ada...tapi 1 kedai je lah...dalh berjalan jam 5 terus bergerak pe airport...untuk pulang...flight wa biasanye wa akan ambil paling lewat..jam 9.20malam...so masa banyak tak lah terlalu kelang kabut...

Ok untuk yang nak ke tawau pun boleh juga..tapi korang kene cheack out jam 12.00 sebab nak ke tawau makan masa tau..jauh sikit....so sampai semporna terus naik van untuk ke tawau..perjalanan 1.45minit...di tawau banyak bende ade..harga pun murah sedikit dari semporna...di tawau banyak sangat orang jual mutiasa n ikan masin...so untuk sesape yang nak shopping 2..leh lah ke tawau...

Ok ini lah cara2 nak ke sana...untuk pertanyaan leh lah call je wa....hehhehe

20110706

Cerita series yang wa tgh tengok


Askum...hai u all
wa nak share ngan korang pasal cerita yang wa rase best untuk dilayan sekarang ni...untuk ang ade astro n yang tak de...
Cerita pertama yang wa akan tengok adalah cerita

SURIA DI CORDOBA
hari : Selasa
Mula Tayangan: 7 Jun 2011
Masa Tayangan: 9.00 malam
Episode: 26 episode
Arahan : Mohamed Feroz Kadir
Lakonan : Sari Yanti, Ady Putra, Fahrin Ahmad, Lisdawati, Alif Satar dan penampilan khas buat pertama kalinya di kaca tv, Biduanita Rahimah Rahim
Tayangan : Astro Prima (Saluran 105)
Terbitan : Global Station Sdn Bhd

Sumber:berita harian


Yang bestnye lagi tema lagu cerita ni dari Dato’ Siti Nurhaliza - Astana Jiwa






Cerita ini mengesahkan
Suria Di Cordoba menceritakan tentang seorang gadis moden yang sangat cantik campuran Melayu-Sepanyol iaitu Suria Khadijah Parker (lakonan Sari Yanti), yang memilih menjadi aktivis untuk membebaskan dirinya dari dunia kebendaan. Dalam usaha untuk menjejaki sejarah cinta kedua ibu-bapanya yang bermula di Cordoba, dia pula diuji oleh Allah dengan cinta yang luar biasa. Tengku Huzir (fahrin) memberi cabaran tersendiri melalui tiga transisi warna dirinya. Pertama dia adalah seorang anak yang rosak akhlak kemudian apabila berkahwin dia berubah cuba menjadi sisi yang lebih baik, namun ada tragedi hitam yang menimpa hidupnya. Akhirnya dia benar-benar insaf, lalu bertemu dengan Suria (lakonan Sari Yanti) lalu kehidupannya menjadi lebih sempurna.


Sekarang cerita ni baru episod 5
so sesape yang suka cerita ni leh lah tengok...

Antara cerita lain
STANZA CINTA (TV3)


JUMAAT NI CERITA TERBARU...

TAHAJJUD CINTA (TV3)
Mula Tayangan: 8 Julai 2011,
Hari Tayangan: setiap hari Jumaat,
Masa Tayangan: 9.00malam.
Episode: 13 episod
Pelakon: Fazura, Fouziah Gous, Eman Manan, Remy Ishak, Shahz Jaszle, Fazreen,Tiz Zakiah, Aaron Aziz, Y. Bhg. Tan Sri Datuk Dr. Jins Shamsudin, Norish Karman, Neelofa, Dato’ Ahmad Tamimi, Eirma Fatima, Dira Abu Zahar, Ziela Jalil, Azizah Mahzan, Heryanto, Fadhilah Mansor dan Melissa Saila



ANNISSA
Hari Tayangan: setiap hari Selasa hingga Khamis
Masa Tayangan: 10.30malam.
Pelakon: Rozita Che Wan, Aida Aris, Faradhiya, Fiza Elite, Zamarul Hisyam dan Eizlan Yusof



So enjoi lah ye korang...
Ini lah hiburan wa sambil menjahit duduk depan komputer tengok tonton...kalau tak sempat nak tengok time siarannye kat tv...
atau kerja wa kat umah download lah ape lagi kan...
hahahahhahaa

Gunakan perkhidmatan yang disediakan....
Selamat menjahit...hahhahaa
raya tak lama lagi baju banyak nak kene jahit manik...hahhaha

Sesapa nak hantar tempahan jahit manik leh lah call sahaja..
Nak tengok hasil kerja wa leh lah tengok at sini
http://izwalovebeads.blogspot.com/

askum semua....