IZwahasnan

My Photo
Alhamdulillah saya seorang anak kepada ibu dan bapa saya, baru sahaja menjadi seorang isteri kepada sang suami dan sini hidup kami akan lengkap dengan seorang cahaya dari Allaha.w.t... yang bernama NUR DAMIA IMANI...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

20111227

Story 02: Jamu Set bersalin

Assalamualaikum semua,
Hari ni dah masuk 22 minggu...
So bermulalah episod untuk membuat persiapan...
Wa tgh buat list untuk persiapan dah sambut bby n persiapan untuk diri sendiri...
maklumlah semuanye dah kembangkan... nnti...
so macam2 nak cari untuk kuncupkan balik...
Perkara pertama yang wa cari ade lah Jamu.. sebab ini penting untuk kembalikan kesegaran badan untuk menempuh hari2...

Izwa cuba google set jamu 2010...
So kualah macam2... pasal set bersalin ni...
Dan macam produk... antarannye...
Jamu Makdara
Biodex
Afiat
Salindah
HPA
Mustika Ratu
Amway
Sendayu Tinggi
Leesa Formula
Nona Roguy (NR)





Ha pilih je lah mana yang kite nak kan...
Tapi yang peningnye... kite kene tau khasiat2nye...
dan sesuai ke dengan kita kan...

Tibe2 terjumpa pula
PANDUAN MEMILIH SET BERSALIN
dari kak engku bidan bersalin

So maklumat ini memang berguna sangat2...
izwa ade copy n paste kat bawah ni..
boleh lah korang bace...

PANDUAN MEMILIH SET BERSALIN
Isk Set Bersalin yang mana nak beli nie? Banyaknye pilihan sekarang nie, kelabu mata den di buek nyo. Susah-susah tanye Kak Engku je lah..... Haa tengok..last last Kak Engku jugak yang dicarik huhuhu....

Untuk Pengetahuan, semua Set Bersalin yang ada kat pasaran tu bagus, elok, ok, popular dan dapat sambutan. Set-set bersalin ini mempunyai kebaikan dan keistimewaan tersendiri, tu sebabnye kalau seseorang tu kalau dah biasa atau serasi ngan sesuatu jenama produk tu, komfem tak tukar ke jenama lain dah (ade sampai turun temurun lagi), tapi ada jugak, dulu pakai jenama lain tapi kali nak pakai jenama lain lak....yg nie selalunya mungkin saje nak try jenama lain ataupun yg dulu tu tak berapa sesuai ngan diri si pemakai.

Meh sini Kak Engku bagi panduan memilih set bersalin, mudah-mudahan dapat menolong dalam membuat pilihan nanti yek...tapi apa-apapun org cakap 'tepuk dada tanya selera'. Oppss sebelum tu...nak iklan jap.... kalau dah buat pilihan tu jangan lupa order dengan Kak Engku ye hehehe....Kak Engku kasi diskaun lagi....

Okay iklan dah abis.....meh kite ke topik asal semula....

Antara kriteria yang perlu diambil kira adalah ......jeng jeng jeng....tgk kat bawah nie yek....

1. Dapatkan Info Produk
  • Maksud Kak Engku, cuba cari atau dapatkan info produk (kalau boleh dapatkan info dari pelbagai jenama). Info ini boleh didapati dalam internet (web ataupun blog) ataupun boleh bertanya ngan tokey kedai ubat. Cuba kumpul info sebanyak mungkin.
2. Budgetnye berape?
  • Nak murah boleh nak mahalpun boleh....kalau set yang murah selalunya brg didlmnye tak la byk sgt....tapi masih menepati rawatan selepas bersalin. Kalau yang mahal lak...paham-paham je la....semuanye complete....cthnye ade bengkung, tungku, gel peramping body dan macam-macam lagi la.
  • Kalau anda dah set budget anda berape, jadi senanglah nak dijadikan panduan. Sebab ngan budget yang anda dah peruntukan serta info yang telah anda perolehi, ini mungkin dapat membantu dalam menentukan jenama mana yang hendak dibeli nanti....Haaa yang tu citer pasal bab budget...
3. Jenama Produk
  • Adakah anda membeli sesuatu produk berdasarkan nama produk tersebut ataupun setelah meneliti info produk tersebut. Setiap produk mempunyai keistimewaan tersendiri jadi sebagai pengguna anda dinasihatkan meneliti isikandungan produk, cara penggunaan, dll agar produk yang dibeli dapat digunakan sebaiknya.
4. Sesuai Atau Serasi Ke Ngan Diri Sendiri?
  • Dengan Info produk yang telah anda perolehi, perbandingan produk dapat dibuat, dengan ini anda dapat buat rumusan produk mana yang agak bersesuaian dengan diri sendiri. Ramai yang membeli sesuatu produk tanpa mendapatkan maklumat yang mencukupi dan akhirnya produk yang dibeli tidak menepati citarasa diri si pemakai.
  • Kalau nak set bersalin yang ringkas, mudah, senang dan praktikal khasnya untuk mereka yang bekerja dan tiada orang menjaga semasa berpantang atau segala-galanye perlu dilakukan sendiri, Kak Engku cadangkan pilih set bersalin dari jenama-jenama ini cthnye Amway Tropical Herbs, Nona Roguy, Leesa Confinemum, Set Bersalin Ibu Halimah Mak Dara, Set Bersalin Ibu Ambar Kenanga dan Sendayu Tinggi adalah antara yang sesuai (kebanyakan ubat-ubatan adalah dalam bentuk Kapsul / Tablet).
  • Manakala untuk yang suka set bersalin yang lebih tradisional, boleh la try Mustika Ratu, Nyonya Meneer, Set Air Mancur, Set Orang Kampung, HPA ataupun Jamu Afiat. (Set-set ini juga ada terdapat dalam set serbuk - perlu dibancuh dan minum, serta juga terdapat set pil / kapsul). Kalau mak-mak kite selalu cadangkan set nie, maklumlah dulu-dulu diaorang pakai jenis yang kene minum minum nie....kalau Kak Engku la..huhuhu tak mau...tak tertelan huhuhu...tapi pembaca Kak Engku jgn ikut Kak Engku lak ye....sebabnye lain org lain citarasanye....betui tak.
  • Bagi yang tidak sesuai dengan herba bolehlah menggunakan set Salindah. Set Salindah bukannya dalam bentuk jamu tetapi Homeopati yang sememangnya tidak memberi kesan panas terhadap diri si pemakai.
  • Set Tropical Herbs Amway, set nie adalah salah satu set yang mendapat sambutan di hati ibu ibu hamil masa kini, set nie lengkap dan bengkung diberikan percuma hehehe. Set yang berasaskan organik, mendapat paten antarabangsa mengenai kualitinya, tidak panas dan sangat sesuai bagi ibu yang ingin menyusukan bayi mereka, juga dapat mengurangkan berat badan selepas bersalin.

5. Beli Secara Berasingan Ataupun Set Bersalin Berpakej.
  • Sesetengah Set Bersalin boleh dibeli secara berasingan. (Walaupun secara berasingan tetapi kene satu set gak, kene la complete utk rawatan) Antara set bersalin yang menyediakan set pakej nie adalah seperti Set Bersalin Sendayu Tinggi, Salindah dan juga Leesa Confinemum. (Cthnye diasingkan set rawatan luaran dengan set rawatan dalaman). Tetapi Kak Engku tidak galakkan menggunakan produk berlainan jenama bagi tujuan rawatan selepas bersalin (terutamanya utk rawatan dalaman), takut lain lak jadinye...(kalau nak beli bengkung atau tungku berlainan jenama tu takpelah...hehehe).
  • Oppss lupe lak...selalunye kalau beli set secara berasingan...susah sikit nak dapat diskaun lebih....hehehe.
6. Tanya Pendapat
  • Cuba tanya pendapat sesiapa yang anda kenal, tanya pendapat diaorang, produk apa yang dipakai, sesuai tak ngan diri si pemakai, apa kebaikan dan keburukan produk tersebut. Melalui cara ini gak dapatlah anda jadikan panduan. (kalau boleh sebelum tanya pendapat, cuba kumpulkan info produk dahulu, agar boleh anda bertanya lebih lanjut ngan sesiapa yang anda nak tanya tu....kalau anda takde info produk....nanti anda hanya menjadi pendengar sahaja).
7. Beli Ngan Harga Yang Berpatutan
  • Setelah membuat pilihan set bersalin....bolehlah pegi membelinya (tapi tak perlulah tergesa-gesa....tunggu dekat-dekat nak bersalinpun takpe). Cuba dapatkan set bersalin yang dihajati dengan harga yang berpatutan. (Cthnye meh order ngan Kak Engku....boleh dapat diskaun lagi heheheh)
8. Beli Di Mana?
  • Set Bersalin mudah didapati, boleh dibeli di Kedai Ubat, Pasaraya, Beli secara Online (Web atau Blog) dan lain-lain. Kalau beli secara online pastikan anda membeli di web atau blog yang anda betul-betul yakin. Ini bagi mengelakkan anda tertipu dan mengalami kerugian.
9. Mmmm Ape Lagi Yek?
  • Haa kalau poning kepala jugak nak buat pilihan, apakata bagitahu je la kat Kak Engku apa yang anda harapkan untuk set bersalin, nanti Kak Engku akan cuba padankan ngan pilihan yang sediada.
10. Dan Yang Terakhir....Kot?
  • Kak Engku akan updatekan kriteria yang lain kalau ada idea yang terlintas kat kepala Kak Engku nie...heheheh jgn marah ye....

Waktu Yang Sesuai Nak Makan 'Jamu'....

Bersalin Normal / Pembedahan.
  • Dicadangkan mula mengambil Jamu Selepas 2 minggu bersalin.
  • Jika baby ada masalah 'jaundis' atau demam kuning apakata start pengambilan selepas 6 minggu.
  • Jika Jamu yang di ambil 'panas'. Contohnya baby atau puan alami ciritbirit....cuba kurangkan dos pengambilan ' Jamu' tersebut. Tak Perlu Berhenti makan Jamu.
  • Tetapi jika bayi puan mengalami ' Demam Kuning' yang teruk, berhentilah dulu makan Jamu sehingga anak betul-betul sembuh dan bolehlah sambung semula pemakanan jamu tersebut.

Perlu ke Makan Jamu?

Sesetengah pendapat ada mengatakan tak makan jamu pun takpe....Pendapat ini tak berapa betul sebab ibu-ibu lepas bersalin nie mengalami sakit-sakit badan dan badan mudah masuk angin walaupun berusia 2o-an.

Sekiranya ubat yang diambil tu terlalu kuat untuk puan dan bayi, maka kurangkan dosnya dan janganlah tak makan langsung, kerana apabila mengandung urat-urat abis semuanye mengembang begitu juga dengan peranakan. Jadi kita perlu mengambil ubat untuk memulihkan segala kerosakan yang berlaku. Ada juga ubat bersalin yang dapat membanyakkan air susu ibu dan tidaklah terlalu panas.

Kebanyakan set bersalin yang terdapat di pasaran tidak begitu memberi kesan 'panas' kerana ia telah dimodenkan dan selalunya kajian telah dibuat bagi mengatasi masalah ini.

Selain dari itu, puan juga disarankan mengambil pendapat rakan-rakan, saudara-mara, adik-beradik dan sape-sape saje yang pernah menggunakan set bersalin, sebelum puan membuat keputusan yang muktamad.


Kebaikan Makan Jamu

Memakan jamu, akar kayu atau rempah ratus adalah satu lagi amalan berpantang Melayu. Lazim dikatakan jamu berkhasiat bagi mengembalikan tenaga, memanaskan badan, mengeluarkan lemak dan toksin serta melawas sistem penghadaman. Ia membantu mengecutkan segala organ, otot dan urat, mengeluarkan kandungan air berlebihan dalam badan, membuang angin dan mengempiskan perut. Apabila toksin keluar, badan berbau harum dan berat badan pun akan turun.

Jamu selalunya diambil untuk tempoh pantang selama 44 hari ataupu 60 hari. Walau bagaimanapun terdapat juga ibu bersalin yang mengambil jamu selepas tempoh bersalin mengikut kehendak masing-masing. Amalan sedemikian ternyata tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada bayi sepanjang tempoh penyusuan malah lebih selamat berbanding pengambilan jamu sewaktu bayi dilahirkan.

Nak Pakai Bengkung Lepas Pembedahan Boleh Ke?

Boleh....Tapi selepas 2 bulan pembedahan....tu pun tak boleh pakai ketat-ketat.

20111223

Story 01: Baby bedding set

Alhamdulillah,
hari jumaat bersamaan 27 muharram... wa masih bernafas... bby dah masuk 21minggu 3hari... malam tady bby dah mula main2 dalam perut... sampai wa dari tengah lipat kain... terus terbaring menahan sakit...
tak lah sakit sangat tapi tak selesa bile berdiri perut sakit...

Alhamdulillah wa dah sihat, dah tak muntah2, makan makin selera, sampaikan pantang nampak orang makan mesti nak juga... kadang-kadang tak nampk tpi bau je ade pun rase nak juga... hahhaa... ini lah penangan orang pregnant kot...

Cerita hari ni... ade lah berkaitan ngan tajuknye... pasal bedding baby...
Wa ni suka terjah blog orang lain tengok2 ape yang siorang buat... n untuk M2b ape persiapan diorang nak sambut bby... Ade yang baru 10 minggu dah mula shopping sikit2... dan ade yang dari 15 minggu pun dah mula beli2... terpulang pada masing2... dah keperluan... Ade pula kandungan 6 bulan baru mula shopping... masing2 kan...

Contoh dari google:






Tapi bagi wa... wa nak shopping bile kandungan masuk 25 minggu nanti... sekarang ni tengah kumpul bajetnye dan kumpul list untuk barang yang nak dibeli... Itu lah sebabnye suka merayau ke blogger M2b... nak tengok ape diorang beli, kat mana dan berapa harganye... Tq u all semua ye...

Tapikan wa nak share ngan korang 1 bende yang wa rasa sangat cantik dan kreatif kepada yang membuat nye... Dia adelah... Junita khalid... PEMBUAT SARUNG TILAM DAN BANTAL untuk baby... so kepada M2b mesti suka tengok...

Hasil kerja Junita




Sebelum ni memang dah plan nak buat sarung bedding bby sendiri... cuma corak n kain nye sahaja yang tak tau lagi camne kan... cari2 punye cari dalam blogger n google terjumpe lah JUnita ni... so wa suka sangat corak2 kain yang digunakan... dan kombinasi nya...

Dalam kepala dah tau dah colour ape yang nak digunakan... Untuk bby girl nak cari colour purple... n baby boy nak cari colour hijau... selain itu... kalau ade colour merah dan tourquis pun cantik juga... kan2...

Dari segi kain pula wa akan cari nanti di kedai2 jual kain... contohnye kamdar dan nagoya... tapi dah online pun ade juga... ilovecottan wa dah jumpe dah sorang FB ni dia jual kain cotton... cantik2 tau... Tapi nak lagi puas hati gi beli je kat kedai... so kite leh tau jenis kainnye macam mana... sebab cottan n ade macam2 takut tak ok cottannte,,, sarung ni nak guna lama... so kene cari kain yang betul2 elok...

Kain yang dijual oleh ilovecottan:



Ok cerita pasal sarungnye dah satel...

Sekarang ni nak cerita pasal tilam n bantalnye pula... wa nak bli kekabu di arial kuala selangor... wa dah tengok dah ade jual... sebab kampung wa kat sana... so selalu nampak ade banyak orang jual kat tepi jalan je... harga kurang pasti...

So dah satel part bedding baby...

Alhamdulillah... dari segi toilar wa dah ade... sape lagi kan... mama wa lah yang akan buatkan... lagi pun untuk cucunye jugakan... hhehee... mungkin wa dah jimat dari segi kos toilar... untuk sesape nak join boleh pm saya... nnti dah siap wa akan update later ok... sekarang ni plan je... wa akan mulakan projek ini... insaallah tahun baru 2012... beberapa hari je lagi kan...




20111206

DOA, ZIKIR DAN AMALAN MEMUDAHKAN BERSALIN

Ini antara doanye...
Info dari blogger2
Yang kat bawah ni copy paste dari blog puterijasmin
kredit kepada sis...tq

Antara zikir dan doa yang disuruh mengamalkannya ialah
:

1.

“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu”
2.

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.
3.

“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”

Dan apabila saat hampir bersalin bacalah doa ini:
4.

“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah”

Untuk memudahkan bersalin digalakkan pula membaca ayat kursi,
Kemudian pula :
5.

“ Bahawasanya Tuhanku, ialah Allah yang telah menjadikan langit dan bumi dan yang diantara keduanya di dalam enam hari kemudian Dia bersemayam atas Arasy. Dia memasukkan malam ke dalam sarang yang mencarinya dengan cepat.
Matahari, bulan dan bintang semuanya ditundukkan dengan perintah-Nya. Ketahui olehmu, Allah yang mempunyai pencipta dan suruhan. Maha Mulia Allah Tuhan semesta alam.

Seterusnya perbanyakkan membaca tasbih ini:
6.

Maha Suci Allah
7.

Aku Pohon ampun kepada Allah

Sentiasa membaca doa ini :
بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ8.
أُعِيْذُهُ بِالوَاحِدِ الصَّمَدِ مِنْ شَرِّ كُلِّ ذِى حَسَدٍ
Maksudnya : Aku berlindung akannya dengan pertolongan Tuhan yang Esa yang ditumpu segala kehendak kepadaNya daripada sekalian yang mempunyai dengki
* Sekurang-kurangnya dibaca sebanyak 10 kali setiap kali lepas solat 5 waktu

9.Surah Al-Ansyiqaq

Surah ini, seorang ustaz menyarankan mak cu membacanya. Mak cu rbanyakan bacaan surah ini serta berdoa, lebih-lebih lagi bila dah dekat tarikh jangkaan bersalin. Syukur Alhamdulillah, mak cu bersalin lebih mudah, cepat dan kesakitan semasa nak bersalin pun kurang, walaupun berat Adda semasa lahir 4.1kg. Semasa mengandungkan Haziq, mak cu memperbanyakan lagi bacaan surah ini serta jangan lupa berdoa semasa mengandungkan Adda. Alhamdulillah lagi mudah, lagi cepat dan lagi kurang sakitya.

10.Sentiasa membaca surah Maryam.


11.Surah An-Nahl: ayat 78-80
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.

Insaallah izwa akan amalkan... ape2 selepas itu kite berserah... sahaja... janji kite berusaha dahulu barulah bertawakal...

19 minggu




Alhamdulillah, hari ni bby mummy dah 19 minggu...
alhamsulillah bby sihat... 1hb dah gi check n scan.. Dah nampak kaki dan tangan dia...
Agak2 bby mummy ni camne lah rupa dia kan...
Sangat terharu ciptaan allah s.w.t yang boleh mencipta manusia di dalam perut seorang ibu... SUBAHANALLAH..


Ok hari ni kerja tak banyak sangat... So boleh lah curi2 mencari2 ape yang patut... Wa dah mula hari2 sebelum dan selepas solat maghrib dan ishak...
Alhamdulillah bby tak buat ragam lagi...
Cuma sekarang ni wa kerap sakit kepala bile kaat ofis dan sakit punggung... dan mungkin sebab banyak duduk je kat ofiskan... n kat ofiskan air-corn je so sejuk memanjang...


Sekarang ni wa dah plan nnti nak bersalin di hospital putrajaya sahaja... walaupun wa kerja swasta...
wa stil kene bayarkan tapi tak lah banyak sangat macam bersalin kat hospital swasta... Bukananye ape tak nak membazir... tak kesah lah orang kata servis kerajaan ni bagus atau tak... janji wa nanti selamat bersalin...

Lagi pun sekarang ni wa pun gi checkup kat KKPutrajaya je...
Dekat ngan rumah mama wa... So boleh mintak tolong mama hantar n ambil kalau husband bz... Walaupun lambat n ramai gile.. tak pe lah kan..sabar itu penting... Time ni lah nak melatih diri bersabar...

Ofis wa hanya cover RM 1500 untuk normal n operation hanya RM3000...
Dalam masa sekarang ni wa rase semua tu tak cukup...
Untuk mengelakkan dari keluarkan duit yang banyak nanti... baik lah gi kerajaan sahaja...
Duit boleh simpan untuk masa depan bby nanti... Lepas bersalin lagi banyak nak pakai duit... macam2 nak dibeli... Baik lah disimpan dari membayar kos hospital yang terlalu mahal...


Ok ceritanye hari ni wa nak share ngan korang. doa untuk bby... dalam masa kite mengandung ni... bukannye ape wa nak kan bby ni selamat lahir nanti...



Doa Untuk bby mummy

Doa semasa hamil – Ya Allah, peliharalah anakku ini selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkau yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhanMu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah, rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperutku dengan rupa yang baik dan tetapkanlah di dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada RasulMu. Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah, panjangkanlah umurnya, sihatkanlah badannya, baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad S.A.W, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam.

20111204

Cameron Highland Part 1

Perjalanan ke sana banyak gak kereta....haahah

Alhamdlillah akhirnye izwa sampai juga ke sini... last wa gi masa umur 20 tahun kot... hahhaa... mase 2 gi ngan mak angkat wa yang kat lumut... masa itu gi balik hari sahaja... So gi ngan husband... tidur sana... penat tau kalau balik hari... Kebetulan voucher hotel ade lagi... so disebabkan nak habiskan untuk tahun 2011 ni... itu lah kali ke 2 wa gi berjalan ber2...

So last month ajak lah dia ke sana... time 2 kebetulan tgh free... walaupunbadan tak sihat... Tpikan nak jalan punye pasal... tak muntah pun nak atas 2... segar je badan... hehehee... baby ni suka berjalan kot... 2 sebab dia tak meragam...

Sekarang ni wa dah masuk 4 bulan lebih... nak masuk 5 bulan... yeeee... peringkat dah boleh buat semua kerja... tapi stil kene berhati2.. perut pun dah makin besar... nak bangun pun dah susah sikit... tapi alhamdulillah wa masih boleh solat berdiri macam orang biasa...

Ok berbalik kepada cerita kite pasal cameron... perjalanan jam 10 pagi... agak lambat lah juga kite orang bergerak... sebab plan kul 8 pagi... hahaaa... bisalah makbuyungkan nak bersiap lambat... bangun pagi pun payah...hehehee....

Pagi 2 perjalanan ke cameron lancar je... kereta tak banyak lagi...kite orang tak ikut tapah...sebab husband kata banyak kereta n jauh sikit... tapi tak tau lah kan.. masa 2 gi pun ikut jalan yg sama... tak pernah pun ikut tapah... hahaaa...


Dah lama tak pegang camre n shoot macam ni hahaaa....

Sampai sana jam 2 petang... sampai je terus masuk hotel... berehat... penat tau berjalanan... kite orang duduk kat brinchang courtyad... betul2 arial pasar...senang lepas nak gi pasar malam jalan kaki je....

Shoot gambar sendiri hehee... tak de sape nak ambilkan kan... dah lama gak tak buat kerja macma ni

Hotel tempat kite orang tidur

Dah puas berehat... lepas asar baru kua balik jalan kaki je ke pasar malam.. kat depan balai polis... makbuyung jalan kaki...hahaha. Firstly gi mamam bby dah lapar... lepas2 baru gi pasar...
Makbuyung jalan kaki...



mamam time... bby lapar dah

Kat pasar macam2 dia jual... sayur2, yang paling best banyaknye stawberry... harga tak tau lah murah ke tak kan tapi ok lah kot... 7 bekas RM35 penuh... dalam 1 peket ade dalam 20 biji...murah lah kan... sayur pula... gayanye macam sama je harganye... ngan k.bawah...tpi bezanye sayurnye segar n tak de racun... n bile makan lembutnye pun lain...
Pokok pun banyak tau... maina pun ade...macam husband wa ni memang hobi dia...korang tengok ni... ini pun dia nak beli... kelakar tak????

Haaaaaaahhh... tpi tak beli pun... Jangan nnti anak aku macam ni sudah

Ok ini aktiviti hari pertama.... haahahahha
Sambungan ceritanye besok lah pula wa update ok...daaaaaaaaaa
askum....

20111203

Izwa Kini


Askum...semua
sihat ke u all semua
wa dah berangsur ok
dah sihat dah
dah tak mabuk
cuma sekarang ni berusaha nak makan banyak2

Korang agak2 nak ke tengok wa sekarang ni camne yek?
makan gemok n tak comel pun


Gemok tak hahahaa... wa yang sekarnag...
Sape tak nak tengok pun tak pe heheeee....